Rancang Percutian Anda Dengan Cuti Umum Malaysia Untuk Tahun 2020 Ini
Tinggal lagi sebulan lebih menghampiri penghujung tahun 2019. Jadi pasti ramai yang sudah ingin mula mengetahui tarikh-tarikh penting dan cuti-cuti umum untuk seluruh negeri di Malaysia. Bagi anda yang ingin merancang percutian atau ingin mengetahui tarikh yang anda ingin gunakan untuk sesuatu acara, anda boleh melihat jadual cuti umum Malaysia untuk tahun 2020 ini. Walau bagaimanapun, tarikh berikut mungkin akan diubah suai dan tertakluk kepada perubahan.
Tarikh cuti umum dibawah mengandungi cuti-cuti umum seperti Awal Muharram, Hari Deepavali, Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan YDP Agong, Hari Krismas, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Hari Wesak, Tahun Baru Cina, Maulidur Rasul, Hari Thaipusam dan lain-lain lagi. Jadual di bawah juga menyenaraikan cuti-cuti tambahan yang diisytiharkan di bawah Seksyen 8 Akta Cuti 1951 untuk Semenanjung Malaysia dan Labuan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, hari-hari yang sama juga diisytiharkan sebagai cuti oleh Sabah dan Sarawak mengikut Ordinan Cuti masing-masing.
1 Jan | Rabu | Tahun Baru | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
---|---|---|---|
14 Jan | Selasa | Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
19 Jan | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
25 Jan | Sabtu | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
26 Jan | Ahad | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Semua Negeri |
27 Jan | Isnin | Cuti Tahun Baru Cina | Semua Negeri kecuali Johor & Kedah |
1 Feb | Sabtu | Hari Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya |
8 Feb | Sabtu | Hari Thaipusam | Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor |
4 Mac | Rabu | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
22 Mac | Ahad | Israk Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan & Perlis |
23 Mac | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
23 Mac | Isnin | Cuti Israk Mikraj | Negeri Sembilan & Perlis |
10 Apr | Jumaat | Good Friday | Sabah & Sarawak |
15 Apr | Rabu | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
24 Apr | Jumaat | Awal Ramadan | Johor, Kedah & Melaka |
26 Apr | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
26 Apr | Ahad | Cuti Awal Ramadan | Johor & Kedah |
1 Mei | Jumaat | Hari Pekerja | Semua Negeri |
3 Mei | Ahad | Cuti Hari Pekerja | Johor & Kedah |
7 Mei | Khamis | Hari Hol Pahang | Pahang |
7 Mei | Khamis | Hari Wesak | Semua Negeri |
10 Mei | Ahad | Hari Nuzul Al-Quran | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak |
11 Mei | Isnin | Cuti Nuzul Al-Quran | Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Putrajaya & Selangor |
24 Mei | Ahad | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
25 Mei | Isnin | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua | Semua Negeri |
26 Mei | Selasa | Cuti Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu |
30 Mei | Sabtu | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
31 Mei | Ahad | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah |
1 Jun | Isnin | Hari Gawai | Sarawak |
1 Jun | Isnin | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah |
2 Jun | Selasa | Hari Gawai Hari Kedua | Sarawak |
6 Jun | Sabtu | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |
7 Jun | Ahad | Cuti Hari Keputeraan YDP Agong | Kelantan & Terengganu |
7 Jul | Selasa | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang |
11 Jul | Sabtu | Hari Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang |
17 Jul | Jumaat | Hari Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
22 Jul | Rabu | Hari Sarawak | Sarawak |
30 Jul | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
30 Jul | Khamis | Hari Arafah | Terengganu |
31 Jul | Jumaat | Hari Raya Haji | Semua Negeri |
1 Ogos | Sabtu | Hari Raya Haji Hari Kedua | Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
2 Ogos | Ahad | Cuti Hari Raya Haji | Kelantan & Terengganu |
20 Ogos | Khamis | Awal Muharram | Semua Negeri |
31 Ogos | Isnin | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |
16 Sep | Rabu | Hari Malaysia | Semua Negeri |
24 Sep | Khamis | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
3 Okt | Sabtu | Hari Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
9 Okt | Jumaat | Hari Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
10 Okt | Sabtu | Hari Yang di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
29 Okt | Khamis | Maulidur Rasul | Semua Negeri |
6 Nov | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11 Nov | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
12 Nov | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua | Kelantan |
14 Nov | Sabtu | Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Sarawak |
15 Nov | Ahad | Cuti Hari Deepavali | Kelantan & Terengganu |
11 Dis | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
25 Dis | Jumaat | Hari Krismas | Semua Negeri |
27 Dis | Ahad | Cuti Hari Krismas | Johor & Kedah |
Di Semenanjung Malaysia dan Labuan, pekerja yang pekerjaannya dilindungi oleh Akta Pekerjaan 1955 berhak mendapat 11 cuti umum setahun. Terdapat lima cuti yang ditetapkan oleh undang-undang iaitu Hari Kebangsaan, Hari Yang Di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Raja atau Gabenor Negeri, Hari Buruh dan Hari Malaysia. Baki enam cuti berbayar dipilih oleh majikan dari cuti umum yang diwartakan, dengan notis yang diberikan kepada pekerja sebelum permulaan setiap tahun kalendar.
Untuk maklumat dan butiran yang lebih lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Malaysia untuk pengumuman asal.