Toppen Shopping Centre – Kunjungi Pusat Membeli Belah Baru Di Johor

Toppen Shopping Centre adalah sebuah pusat membeli-belah yang dimiliki dan dikendalikan oleh Ikano Centres, iaitu sebahagian daripada IKEA Southeast Asia. oppen diinspirasikan daripada asal usul Scandinavian, yang memaparkan rekaan yang luas dan kemas dengan limpahan cahaya semula jadi dan kehijauan alam, menjadikannya destinasi pilihan untuk dikunjungi.

Image result for toppen shopping mall

Pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai jenis premis dan vendor untuk anda ‘singgah & riadah’ (retailtainment). Dengan hampir 300 buah premis yang membawakan kepada anda segala kemudahan barangan keperluan rumah, barangan kesihatan sehinggalah panggung wayang TGV. 

Tarikan utama di Toppen iaitu The Topp yang mana ia membawakan aktiviti menarik untuk setiap pelawat. Kepada mereka yang sukakan aksi lasak, anda boleh ke zon aktif belia yang mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tempat aktiviti mendaki. Untuk kafe dan restoran, terdapat banyak pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco. Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama dan juga arena e-sukan.

Pusat Beli-belah Toppen merupakan yang ketiga di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara dengan teraju utamanya, IKEA. Mengikuti jejak langkah IKEA dan pusat beli-belah yang lain di rantau ini, Toppen kini bersedia untuk menjadi tempat pertemuan utama bagi mencipta pengalaman yang hebat untuk mereka yang datang berkunjung. Ia menyasarkan untuk menarik lebih 15 juta penduduk tempatan dan pelancong menjelang tahun 2020.

Toppen juga telah memperkenalkan lebih 80% jenama baru di Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus. Bagi anda yang ingin mengunjungi pusat membeli-belah terbaru ini, ia boleh dikunjungi melalui kemudahan jalan raya utama, pengangkutan awam dan dilengkapi dengan ruang parkir dua tingkat yang boleh memuatkan lebih 4,600 kenderaan. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Toppen Shopping Centre.