Carian
Kesan Epidural Untuk Wanita 
March 29, 2019 Aida Kamalia

Kesan Epidural Untuk Wanita 

Ada yang mengatakan wanita yang melahirkan bayi tanpa mengambil epidural adalah wanita yang kuat dan tabah, malah jika engambil epidural dianggap sebaliknya. Ini membuatkan para wanita menjadi ragu-ragu terhadap diri sendiri terutamanya jika bakal melahirkan tidak lama lagi. Akan tetapi sejauh manakah kebenaran itu? Jom lihat apa itu epidural!

 

APA ITU SUNTIKAN EPIDURAL

Suntikan epidural adalah anestesia untuk melegakan kesakitan semasa melahirkan bayi. Epidural ini akan disuntik berhampiran di tulang belakang badan. Kebanyakan wanita mengambil epidural ini apabila mereka tidak mahu merasa kesakitan yang teruk semasa proses melahirkan anak. Ini kerana epidural ini akan membuatkan badan kurang berasa sakit pada bahagian bawah badan seterusnya memudahkan proses kelahiran.

 

KELEBIHAN MENGAMBIL SUNTIKAN EPIDURAL

  • Bernafas lebih mudah

Disebabkan kesakitan yang dialami sudah berkurang, ia akan membuatkan badan menjadi lebih rileks. Oleh itu ia akan membuatkan badan lebih mudah untuk bernafas serta penyerapan oksigen yang lebih baik.

  • Lebih peka

Jika korang mengambil epidural ketika caesar, ia akan membuatkan badan lebih peka dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Epidural ini akan menyebabkan badan korang sedar, akan tetapi tidak akan berasa sakit semasa proses pembedahan berlaku.

  • Kelahiran lebih mudah

Tujuan wanita mengambil suntikan epidural adalah untuk mengurangkan kesakitan supaya proses kelahiran menjadi leboh lancar. Disebabkan epidural ini mengurangkan kesakitan, ia sedikit sebanyak dapat menenangkan wanita, terutamanya ketika proses meneran bayi.

KEBURUKAN MENGAMBIL SUNTIKAN EPIDURAL

  • Tekanan darah menurun

Suntikan epidural mungkin menyebabkan tekanan darah seseorang menurun dengan tiba-tiba. Disebabkan itu, jururawat akan sentiasa memantau tekanan darah ibu dan juga keadaan ibu dan jika tekanan darah menurun dengan drastik, ibu akan diberi rawatan seperti bantuan oksigen dan sebagainya.

  • Separuh badan kebas

Tujuan suntikan ini adalah untuk memberikan kesan kebas bawah dari pinggang hingga ke kaki untuk tidak berasa sakit. Oleh itu, ibu yang mengambil suntikan ini mungkin tidak berasa selesa kerana separuh badan akan kebas. Ibu juga tidak boleh berjalan dan dinasihatkan untuk baring sahaja.

  • Tidak selesa

Apabila ibu mengambil suntikan epidural, ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan kepada badan. Sebagai contoh, ibu mungkin akan mengalami sakit kepala atau juga sakit belakang di tempat yang dicucuk.

Kesimpulannya, suntikan epidural ini mempunyai kesan baik dan buruknya. Akan tetapi ia tidak memberi kesan yang bahaya kepada badan atau untuk jangka masa yang panjang. Ia juga bergantung kepada keputusan ibu untuk mengambil atau tidak suntikan epidural di mana ia akan membantu proses kelahiran nanti. Paling penting, jika ibu mengambil suntikan epidural ini, tidak bererti ibu tu seorang yang lemah, malah sebenarnya ia juga salah satu usaha seseorang untuk memudahkan proses kelahiran.

 

Komen