Bagi anda yang menggemari masakan dan hidangan sup yang mudah dan ringkas, anda boleh cuba menyediakan sup ayam ini untuk masakan malam anda. 

  • 2-3 potong paha ayam (dibuang tulang dan dipotong kecil)
  • 6 labu bawang putih (cincang)
  • 2 sudu lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu lada putih (dikisar halus)
  • 1/2 garam sudu teh
  • 2 ½ sudu sos tiram
  • ½  kiub pati ayam
  • Sayur sawi
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Minyak bijan
  • Air
casserole of soup

Cara Memasak:

1. Gaulkan bawang putih yang telah dicincang halus bersama-sama sos tiram sehingga sebati. Potong sayur sawi, lobak merah dan kentang dalam bentuk dadu dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan sos tiram sehingga naik bau.

3. Masukkan air dan biarkan sehingga ia mendidih. Apabila sudah mendidih, anda boleh masukkan ayam ke dalam sup tumisan.

4. Kemudian, masukkan sayuran yang telah dipotong dan tunggu sehingga empuk.

5. Akhir sekali, masukkan garam, lada hitam dan lada putih secukup rasa.

6. Hidangkan sup ayam ke dalam mangkuk dan ia sedia untuk dimakan. Anda boleh memerah limau untuk rasa yang lebih masam dan lada untuk rasa yang lebih pedas. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

174 artikel di Tajria.