#TAJSuggest – 6 Destinasi Yang Boleh Dilawati Oleh Pengembara Solo
Bercuti atau melancong secara solo merupakan sebuah pengalaman yang menarik yang mana anda boleh merancang perjalanan anda mengikut keinginan, citarasa dan minat. Ia sememangnya adalah lebih santai dan relaks kerana anda tidak perlu menguruskan orang lain sewaktu percutian anda. Walau bagaimanapun, percutian solo adalah lebih membimbangkan tambah lagi berkenaan isu keselamatan.
Bagi anda yang ingin mencari tempat-tempat yang boleh dikunjungi, Klook telah menyediakan beberapa pengalaman meditasi, santai dan spa yang terbaik di dunia khas untuk pengembaraan solo. Klook merupakan platform yang menyediakan tempahan untuk variasi aktiviti dan perkhidmatan di serata dunia. yang terkemuka di dunia. Dengan ini, pengembara solo dari seluruh dunia dapat meneroka, menempah dan merasai aktiviti-aktiviti pada bila-bila masa dengan tawaran harga yang lebih murah. Berikut adalah senarai lokasi dan destinasi yang boleh anda lawati:
Gunung Abang Kintamani, Bali, Indonesia
Tidak kira anda baru mula berjinak-jinak dengan meditasi, atau ingin meningkatkan kemahiran anda, sertailah jungle trekking di di Bali. Anda berpeluang untuk meneroka keindahan alam semula jadi di kawasan pergunungan itu. Anda boleh bersiar-siar, mengenali adat tempatan di kampung selain menyertai yoga dan upacara ‘penyucian air’ yang dapat memulihkan tubuh badan anda dengan makanan yang ringan lagi sihat.
Oedo-Onsen-Monogatari, Tokyo, Japan
Masyarakat Jepun sangat mengagung-agungkan onsen atau mata air panas mereka, kerana airnya yang kaya dengan mineral semula jadi. Ia amabt bersesuaian bagi anda yang letih kerana ia dapat melegakan kesakitan otot, menyingkirkan toksin, dan melapangkan fikiran. Selepas meneroka lanskap urban di Tokyo, alamilah budaya onsen dengan Tiket Fizikal Oedo-Onsen-Monogatari Klook. Di taman tema onsen yang terbesar di Jepun ini, segala keperluan telah disediakan untuk anda – pakaian yukata, laluan semula jadi yang senyap, 13 jenis mandian onsen dan beberapa restoran Jepun yang menyediakan makanan sihat.
Lost World of Tambun Crystal Spa & Massage Experience, Ipoh, Malaysia
Jika anda lebih gemar untuk melancong di dalam negara sahaja, Lost World of Tambun Crystal Spa & Massage Experience adalah pilihan yang tepat. Di sini, anda boleh merehatkan badan dan minda dengan aromaterapi dan urutan badan di spa. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan secawan kopi putih Ipoh yang terkenal.
Széchenyi Spa, Budapest, Hungary
Selain itu, anda juga boleh mengunjungi tempat relaksasi mandi yang terkenal di Budapest, iaitu di Széchenyi Spa. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan tiket ‘fast-track’ untuk mendapat akses ke Széchenyi Spa tanpa perlu beratur panjang. Anda berpeluang menikmati seni bina neo-Barok yang romantik, di samping 18 kolam air panas dalam dan luar. Lebih-lebih lagi, anda boleh menaik taraf pakej anda ke kabin persendirian atau pakej bundle ‘I Love Spa’ untuk menikmati ketenangan yang lebik maksima.
Yoga Mandala Studio, Kathmandu, Nepal
Yoga adalah salah satu aktiviti yang telah lama diamalkan di Nepal dan merupakan antara cara paling berkesan untuk melatih tubuh badan dan minda menjadi lebih tenang dan relaks. Yoga Mandala Studio bukan sahaja membantu menghilangkan keletihan selepas penerbangan yang jauh, tetapi juga memberikan anda aura positif, menguatkan rohani dan menenangkan fikiran anda.
Blue Lagoon Spa, Reykjavik, Iceland
Kunjungilah Blue Lagoon, salah satu kolam panas geotermal yang paling terkenal di dunia bagi dengan kecantikan warna air yang biru, selain kaya dengan mineral semula jadi dan mempunyai persekitaran terdiri daripada batu-bata semula jadi yang indah. Pastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk menikmati kolam air panas Blue Lagoon serta landskap yang menakjubkan.
Bagi yang berminat, Klook menawarkan pelbagai servis kepada para pengembara dengan menampilkan senarai destinasi seperti tempat-tempat popular di sesuatu tempat, maklumat mengenai pengangkutan awam tempatan, makanan dan minuman, serta pelbagai pengalaman unik di seluruh dunia melalui laman web dan aplikasi mudah alih Klook.