#TAJMakan – Ketahui Rempah Yang Tersedia Dalam Semangkuk Mi Kari 2 Minit Maggi
Di Asia Tenggara, mi segera sudah dikenali oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Ia sememangnya tidak memerlukan pengenalan yang lebih lanjut. Di hampir setiap negara, anda boleh mencari dan mendapatkan mi segara ini hampir di barisan rak utama yang mana ia hadir dengan pelbagai tawaran jenis dan jenama mi segera di setiap pasaraya dan kedai runcit.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin bekongsikan kepada anda mengenai 12 rempah berkualiti yang disediakan dalam semangkuk mi kari segera (Maggi). Untuk pengetahuan anda, menggabungkan rempah yang berkualiti bersama kaedah masakan yang betul adalah perkara paling penting dalam menyediakan semangkuk mi kari segera enak.

Tahukah anda bahawa Maggi hadir dengan hampir 12 serbuk rempah yang telah dipilih khas yang mana ia boleh didapati dalam Mi Kari 2-Minit Maggi. Antara rempah yang tersedia di dalamnya adalah cili, buah pala, kunyit, halia, jintan putih, biji ketumbar, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halba dan lada hitam. Maggi telah berusaha sedaya upaya dalam mendapatkan rempah ratus dari serata dunia bagi memastikan kesemua ramuan adalah berkualiti dan terbaik. Contohnya, cili diperolehi dari India dan bunga lawang pula dari Turki. Rempah-ratus tersebut kemudiannya diadun dengan sebati untuk mendapatkan rasa asli dan konsisten yang digemari rakyat Malaysia.

Bagi mendapatkan rasa yang lebih menyelerakan, anda turut boleh menambah beberapa bahan tumisan 4 sekawan iaitu kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih dalam kebanyakan masakan kari dan hidangan-hidangan lain. Hal ini kerana, sebatian rempah berkualiti sahaja tidak mencukupi. Bagi memastikan penggemar Maggi mendapatkan ramuan yang betul, cara memasak rempah itu juga memberi kesan terhadap aroma kari yang ingin disediakan.
Kesemua ramuan yang digunakan perlu dimasak secara perlahan. Tumis segala bahan-bahan tambahan seperti bawang merah, bawang putih, cili api dan halia dan kemudian masukkan rempah kari segera sehingga ia keluar lapisan minyak di bahagian atas. Dengan ini, ia dapat menaikkan rasa dan aroma kari yang sebenar. Untuk rasa tambahan, anda juga boleh menambah telur, ayam atau seafood ke dalam hidangan.
Bagi yang berminat, anda boleh mencuba Maggi Mi Segera yang hadir dengan variasi pilihan perasa popular seperti Kari, Assam Laksa, Tom Yam dan Ayam. Selamat mencuba!