Salam Taiwan 2020 – Destinasi Perlancongan Dengan 5 Tarikan Utama Untuk Pengunjung Muslim

Taiwan merupakan salah satu negara yang mempunyai tempat pelancongan yang menarik. Untuk Januari sehingga September 2019, sekitar 350,000 rakyat Malaysia telah berkunjung ke  Taiwan dengan peningkatan kira-kira 28% berbanding tahun 2018. Bukan itu sahaja, Taiwan juga merupakan destinasi ketiga terbaik di negara bukan Islam, diikuti oleh Jepun, Singapura, Thailand dan United Kingdom. 

Menerusi Salam Taiwan 2020, pihak Biro Pelancongan Taiwan ingin mewujudkan persekitaran pelancongan mesra Islam yang sangat sempurna di Taiwan. Lebih daripada 210 restoran dan hotel di Taiwan telah mendapat pensijilan halal yang relevan. 

Selain itu, ia turut mempromosikan beberapa tarikan utama di Taiwan yang dipersembahkan menerusi filem pendek yang melibatkan 5 elemen utama iaitu manisan (gourmet), ekologi, LOHAS, budaya dan beli-belah (shopping). Sebagai contoh, untuk manisan yang ingin dikongsikan, ia membawakan 1000 jenis rasa manis. Dengan peningkatan bilangan pengunjung Islam ke Taiwan, ia telah mengambil inisiatif untuk menawarkan sajian dan makanan Halal yang baik di Taiwan.

Bukan itu sahaja, bagi memudahkan anda untuk merancang perjalanan anda sewaktu melancong ke Taiwan, Biro Pelancongan Taiwan turut melancarkan satu aplikasi baru iaitu Halal.TW. Ia diperkenalkan bagi membantu para pengunjung Muslim mendapatkan maklumat lanjut mengenai tempat-tempat halal di Taiwan. Menerusinya, anda boleh mengetahui restoran, kedai, tempat tarikan pelancongan, hotel, masjid dan macam-macam lagi.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung Islam datang ke Taiwan dan menyediakan perkhidmatan perjalanan yang terbaik, Biro Pelancongan Taiwan melancarkan program promosi “Salam Taiwan 2020” dengan kerjasama agensi pelancongan tempatan di Malaysia dari Disember 2019 hingga 30 September 2020. Bagi anda yang berminat dengan pakej pelancongan Salam Taiwan 2020, anda boleh mendapatkannya melalui agensi pelancongan yang bekerjasama dengan Biro Pelancongan Taiwan, sama ada anda adalah lawatan FIT selama tiga hari dan dua malam, atau lawatan kumpulan GIT selama empat hari dan tiga malam. 

Menerusi pakej pelancongan yang disediakan, anda boleh menikmati variasi pilihan makanan dan hotel yang halal selain patuh syariah. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat merasai pengalaman baru yang menarik di Taiwan sambil melihat keindahan suasana dan panorama yang mengasyikkan di negara tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Salam Taiwan 2020 di www.taiwan.net.my atau muat turun aplikasi di Halal.TW  di Apps Store dan Google Play Store.