Carian
#TAJSihat – Perlukah Anda Membersihkan Cerumen Di Telinga?
November 27, 2019 Lina Rosli

#TAJSihat – Perlukah Anda Membersihkan Cerumen Di Telinga?

Cerumen (sebutan: se-roo-men) adalah nama saintifik untuk tahi telinga yang mana ia ditemui di saluran telinga berhadapan dengan ear drum. Terdapat mitos mengatakan bahawa cerumen atau earwax adalah kotoran yang dihasilkan telinga yang perlu dibersihkan dengan kerap. Ia adalah tidak benar sama sekali. Earwax sebenarnya memainkan beberapa peranan yang sangat penting yang mana ia melindungi telinga daripada bakteria, kulat, serangga dan air. 

Earwax dihasilkan oleh kelenjar di telinga. Apabila cerumen ini kering, ia akan keluar dari telinga bersama-sama dengan kotoran dan debu-debu yang terperangkap di dalam telinga. Setiap orang akan mengeluarkan sejumlah cerumen yang mana jumlah dan jenis cerumen adalah ditentukan secara genetik sama seperti warna rambut atau ketinggian.

woman sleeping on white textile

Kebiasaannya, cerumen akan disingkirkan secara semula jadi. Tetapi, ia akan menjadi sukar jika seseorang individu menghasilkan cerumen yang banyak. Earwax akan menjadi kering dan keras dan menjadi sukar untuk dikeluarkan. Ia akan memberi kesan untuk jangka masa pendek tambah lagi semasa pembersihan telinga. Telinga akan menjadi sakit apabila anda ingin membersihkannya.

Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul

  1. Dapatkan nasihat doktor untuk membersihkan lebihan earwax/cerumen pada telinga. 
  2. Bersihkan bahagian luar telinga anda dengan kain lembap.
  3. Jika anda menggunakan kapas, elakkan daripada menyumbat kapas dengan lebih dalam.
  4. Anda boleh menggunakan pelembap earwax untuk mencairkan  earwax untuk penyingkiran dan pembersihan lebih mudah.
  5. Anda boleh menggunakan picagari untuk mengalirkan cecair khas dalam telinga anda.

Cerumen yang berlebihan atau keras boleh menyebabkan sakit telinga, kehilangan pendengaran sementara, telinga berdengung (tinnitus) atau batuk. Bukan itu sahaja, ia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan telinga luar. Apabila kuantiti cerumen yang berlebihan dikesan, ia perlu dikeluarkan dengan segera yang mana anda perlu mendapatkan rawatan pakar atau doktor untuk mengelakkan merosakkan telinga yang lebih parah. Ia sama ada akan dibuang menggunakan alat atau dengan mengalirkan cecair khas ke dalam telinga.

Jadi, perlukan anda membersihkan cerumen di telinga? Jawapannya, tidak tetapi jika terdapat kotoran yang berlebihan anda boleh membersihkan bahagian luar telinga tersebut dengan kain atau tisu. 

Komen