Apa itu diet Atkins? Atkins adalah diet dengan pelan makanan rendah karbohidrat. Ia diperkenalkan pada tahun 1960 oleh ahli kardiologi Robert C. Atkins. Melalui pelan diet ini, individu perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat dan digantikan dengan protein dan lemak. Terdapat beberapa fasa dalam melakukan pelan diet Atkins. Kebiasaannya, diet ini akan dimulakan dengan fasa mengambil makanan yang rendah karbohidrat. 

person holding DIET quote board

Apakah yang dimaksudkan sebagai diet rendah karbohidrat atau low-carbs diet

Diet rendah karbohidrat adalah sejenis diet yang menyekat pengambilan jumlah karbohidrat dalam makanan yang anda makan. Hal ini kerana, karbohidrat adalah jenis kumpulan makanan yang membekalkan tenaga selain menyediakan makronutrien yang banyak dalam makanan dan minuman. Karbohidrat boleh diklasifikasikan sebagai gula semula jadi atau gula halus mudah, bahan semulajadi mudah seperti laktosa dalam susu dan fruktosa dalam buah, serbuk halus seperti tepung dan bahan semulajadi kompleks seperti bijirin atau kacang.

Idea di sebalik diet rendah karbohidrat ialah untuk merendahkan paras karbohidrat bagi menurunkan tahap insulin. Ia menyebabkan tubuh membakar lemak tersimpan dalam badan untuk mendapatkan tenaga dan akhirnya membawa kepada penurunan berat badan.

Bagaimana Diet Atkins Berfungsi?

Fokus utama untuk diet Atkins adalah mengoptimumkan pengambilan karbohidrat, protein dan lemak yang betul dan mencukupi untuk penurunan berat badan. Bukan itu sahaja, ia juga ingin mengurangkan masalah obesiti dan kesihatan yang berkaitan seperti penyakit kencing manis dan penyakit jantung.

Menurut pelan pemakanan untuk diet Atkins, pengambilan terlalu banyak karbohidrat terutama gula, tepung dan karbohidrat lain yang halus akan membawa kepada ketidakseimbangan gula dalam darah, masalah berat badan dan masalah kardiovaskular. Untuk itu, diet ini akan mengehadkan pengambilan karbohidrat dan menggalakkan makan lebih banyak protein dan lemak.

Burn Fat text blocks on round blue ceramic plate

Adakah Diet Atkins Selamat Untuk Diterapkan?

Sesetengah pakar telah menyatakan kebimbangan untuk diet pemakanan gaya Atkins ini yang mengamalkan pengambilan makanan dengan paras protein yang tinggi dan rendah karbohidrat.

Meningkatkan Paras Kolesterol. Beberapa sumber protein seperti lemak daging, produk tenusu dan makanan tinggi lemak boleh meningkatkan kolesterol dan penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet Atkins sehingga 2 tahun akan mengalami penurunan buruk untuk kadar kolesterol.

Masalah buah pinggang. Sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang, makan terlalu banyak protein memberikan tekanan pada buah pinggang anda. Ini boleh memburukkan lagi fungsi buah pinggang.

Osteoporosis dan batu karang. Apabila anda mengamalkan diet protein tinggi, anda boleh mengeluarkan lebih banyak kalsium daripada biasa. Terdapat pakar berpendapat pengambilan protein dan lemak berlebihan boleh menyebabkan osteoporosis dan batu karang.

Kesimpulan

Sekiranya anda ingin melakukan diet Atkins, anda boleh mendapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan emak dan pemakanan untuk mengetahui sama ada bersesuaian dengan anda atau tidak. Harus diingatkan bahawa penurunan berat badan perlu dilakukan secara konsisten dan biasanya berdasarkan perubahan untuk jangka masa lama dan bukannya diet sementara.

Lihat profil
Lina Rosli

174 artikel di Tajria.