Produk untuk Menangani Masalah Jerawat
Siapa yang tak stress dengan jerawat? Tak kisahlah ia muncul tanpa disangka-sangka ataupun kulit secara azalinya sering berjerawat, ia sedikit sebanyak membuatkan kita rasa terganggu dan menjejaskan keyakinan diri. Selain membersihkan kulit dengan kaedah double cleansing dan mengikuti langkah asas penjagaan kulit dengan produk yang bersesuaian, berikut adalah produk yang boleh anda pertimbangkan untuk menangani isu jerawat:
Pimple Patch

Pimple patch adalah antara produk terbaik bagi mengurangkan penampilan jerawat. Pimple patch ialah tampalan bersifat hydrocolloid di mana ia akan menyerap cecair daripada jerawat namun pada masa yang sama mampu membuatkan kulit di kawasan tampalan kekal lembap. Penggunaannya adalah semudah menampalkan patch tersebut di atas jerawat et voila, siap!
Pimple patch digunakan sebagai overnight treatment untuk mengurangkan penampilan jerawat. Ia juga lebih sesuai digunakan untuk menyembunyikan jerawat terutamanya buat anda yang gemar mengenakan solekan. Anda dapat melihat sendiri keberkesanan produk tersebut apabila patch tersebut bertukar warna daripada lutsinar menjadi keputihan dan jerawat yang membengkak akan menjadi surut.
Clay mask

Clay mask sesuai digunakan untuk mengurangkan penampilan jerawat terutamanya buat mereka yang mempunyai masalah jerawat yang diakibatkan oleh liang pori yang tersumbat. Punca pori tersumbat selalunya diakibatkan oleh kulit yang terlalu berminyak, sering terdedah kepada persekitaran yang tinggi dengan pencemaran, kerap mengenakan solekan dan tidak membersihkan kulit dengan betul.
Penggunaan clay mask mampu menyerap lebihan sebum, membersihkan liang pori, menarik kotoran dari permukaan kulit dan mengurangkan penampilan liang pori di wajah. Ini sekaligus dapat mencegah liang pori daripada tersumbat yang lantas mengakibatkan jerawat. Ia juga kaya dengan nutrient berguna untuk kulit seperti silika, kalsium, natrium, zat besi, kuprum, magnesium dan potassium. Penggunaan clay mask juga mampu mengembalikan keseimbangan lembapan kulit.
Spot Treatment
Spot treatment biasanya didatangkan dalam bentuk krim untuk kegunaan topikal dan disapukan terus ke jerawat. Ia mengandungi bahan yang mampu mengurangkan penampilan jerawat yang dapat mengurangkan keradangan dan menyurutkan bengkak. Antara bahan yang sering digunakan dalam spot treatment adalah seperti berikut:
Benzoyl Peroxide

Krim spot treatment yang mengandungi benzoyl peroxide boleh dibeli dari kaunter atau melalui preskripsi doktor. Ia hadir dengan kepekatan yang berbeza-beza dan lebih sesuai digunakan untuk inflammatory acne yang mengandungi nanah, seperti pustule, papule, cyst dan nodule berbanding whitehead dan blackhead. Benzoyl peroxide bertindak jauh ke dalam liang pori dengan mengeringkan lebihan sebum dan membunuh bakteria di dalam liang pori yang mengakibatkan jerawat. Ini sekaligus mengurangkan keradangan dan mengeringkan jerawat tersebut. Namun begitu ia mempunyai kecenderungan untuk meninggalkan kesan kotoran sekiranya ia terkena kepada rambut, sarung bantal, tuala dan pakaian. Ia juga tidak sesuai untuk kulit yang sensitif kerana mampu menyebabkan kulit mengelupas, menjadi kering dan kemerahan.
Asid salisilik

Seperti benzoyl peroxide, asid salisilik juga mampu menembus jauh ke liang roma. Ia adalah penyelesaian terbaik bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, masalah adult/ hormonal acne dan blackhead, serta berkesan untuk whitehead tanpa perlu menanggung kesakitan untuk memicit jerawat. Ia memerlukan masa untuk anda melihat keberkesanannya kerana hasilnya tidak dapat dilihat semalaman. Sedikit pesanan buat anda: penggunaan asid salisilik untuk menangani isu jerawat hendaklah diikuti dengan krim pelembap wajah untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan krim perlindungan matahari di siang hari.
Sulfur

Sulfur bertindak seperti benzoyl peroxide namun tidak meninggalkan kesan kotoran kepada tuala dan sarung bantal. Namun ia masih mampu membuatkan kulit menjadi kering.
Seperti rawatan spot treatment yang lain, pastikan anda anda menggunakannya pada wajah yang bersih, sebaiknya selepas dicuci dengan menggunakan Q-tip untuk mengelakkan kuman atau minyak/ sebum dari jari anda dipindahkan ke wajah.
Tea Tree Oil

Tea tree oil adalah alternatif lain yang boleh dipertimbangkan sekiranya anda inginkan produk spot treatment yang berasaskan bahan semulajadi. Kajian menunjukkan tea trea oil pada kepekatan 5% mampu mengurangkan penampilan jerawat papules dan pustules.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa agak sukar untu mendapatkan tea tree oil pada kepekatan 5% dalam pasaran. Ini adalah kerana produk penjagaan kulit berasaskan tea tree oil hanya menggunakan tea tree oil pada kepekatan 0.5%, manakala kebanyakkan minyak pati tea tree oil telah dilarutkan dalam carrier oil dan mempunyai kepekatan pada 3% sahaja. Minyak pati tea tree oil yang asli tanpa sebarang campuran pula mampu merengsakan kulit membuatkan nya menjadi sensitif, kemerah-merahan dan membuatkan kulit terasa seakan-akan terbakar.
Oleh yang sedemkian, sekiranya anda ingin menggunakan produk tea tree oil untuk jerawat, adalah disarankan agar anda menggunakan spot treatment berbanding minyak pati di mana rawatan ini adalah lebih tertumpu kepada jerawat dan hadir dalam kepekatan yang disarankan.
Produk Penjagaan Kulit Berasaskan Probiotik

Probiotik adalah gabungan mikroorganisma yang berguna untuk menyokong fungsi lapisan perlindungan semulajadi kulit yang sihat dan seimbang. Walaupun tidak mempunyai sebarang kandungan aktif, produk penjagaan kulit berasakan probiotik juga merupakan salah satu cara untuk menangani masalah jerawat.
Secara semulajadinya, kulit yang sihat terdiri mempunyai microbiome environment tersendiri yang terdiri daripada gabungan mikroorganisma baik (probiotik) dan jahat. Walaubagaimanapun, tabiat penjagaan kulit yang keterlaluan seperti over-exfoliate (dengan produk berasaskan asid atau skrub muka yang kasar) menyebabkan lapisan perlindungan semulajadi kulit (natural skin barrier) terjejas lantas menyebabkan kulit sukar untuk menyimpan lembapan dan mudah terdedah kepada faktor iritasi dan allergen sekeliling. Ini sekaligus mengakibatkan pelbagai masalah kulit, terutamanya jerawat.
Dengan menggunakan produk berasaskan probiotik, ia dapat mengekalkan keseimbangan antara mikroorganisma baik dan jahat. Ini secara langsung membantu untuk memulihkan lapisan perlindungan semulajadi kulit yang terjejas, mengurangkan iritasi dan keradangan kulit. Produk penjagaan kulit berasaskan probiotik sesuai untuk mereka yang mempunyai inflammatory acne yang membengkak dan kemerah-merahan.
Sumber: