Lina Rosli Diterbitkan 29 November 2019

#TAJSuggest – Tayar Pecah? Mengapakah Perkara Ini Berlaku?

#TAJSuggest – Tayar Pecah? Mengapakah Perkara Ini Berlaku?

Tahukah anda bahawa masalah atau insiden tayar pecah ini merupakan antara kejadian yang tertinggi berlaku di jalan raya lebih-lebih lagi lebuh raya atau highway. Hal ini kerana, apabila di lebuh raya, anda adalah lebih cenderung untuk memandu lebih laju berbanding di jalan biasa. 

black vehicle wheel with Wrangler tire

Tayar kereta memainkan peranan yang sangat penting untuk kereta anda. Ia bukan sahaja berfungsi dalam membuatkan tayar bergerak, tapi ia juga menghubungkan gandar kereta dan mengawal pergerakan kereta di atas permukaan jalan. Jika tayar anda pecah atau berlaku letupan pada tayar, ia boleh menyebabkan kehilangan penuh kawalan untuk kereta. Dan jika anda memandu SUV dan MUV pula, ia berkemungkinan besar akan menyebabkan flip-over. 

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai faktor yang menyebabkan berlakunya tayar pecah dan cara untuk mengendalikannya.

Apakah Punca Berlakunya Tayar Pecah?

Secara umumnya, letupan tayar berlaku disebabkan oleh kehilangan tekanan udara secara konsisten. Apabila struktur tayar tidak begitu baik, ia tidak dapat mengawal udara di dalamnya dan menyebabkan tayar tidak dapat berfungsi dengan baik. Hasilnya, tayar menjadi kempis dan menyebabkan kerosakan teruk pada permukaan tayar.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kerosakan tayar:

  1. Kesan Langsung. Apabila anda terlanggar objek tajam di jalan raya, terdapat kemungkinan tinggi bahawa ia akan memberikan kesan buruk kepada tayar anda sehingga menyebabkan tayar pecah.
  2. Suhu Yang Tinggi. Secara umum, suhu yang tinggi sememangnya memberi kesan yang buruk pada tayar. Tekanan suhu yang tinggi dan berlebihan pada tayar akan menyebabkan letupan tayar berlaku.
  3. Under-inflation. Tayar under-inflated akan menyebabkan flex yang berlebihan pada tayar sekaligus membawa kepada pengumpulan lebih banyak daya geseran dan seterusnya menjadikan haba yang berlebihan terbina dalam tayar.
  4. Kelajuan Maksima. Setiap tayar di pasaran mempunyai had kelajuan tertentu. Ketahanan tayar adalah bergantung kepada bahan-bahan dan material. Struktur tayar tidak dapat mengendalikan tahap geseran yang lebih tinggi apabila tayar bergerak lebih laju melebihi had yang dinyatakan.
  5. Muatan Berlebihan. Berat berlebihan di dalam kereta akan menyebabkan beban kereta tersebut berpindah terus ke bahagian bawah kereta terutama sekali tayar. Oleh itu, ia akan menyebabkan kereta flexing ke sisi.
white Audi vehicle with gray wheels

Cara Mengendalikan Tayar Pecah:

  1. Mulakan dengan mengekalkan kelajuan memandu yang selamat.
  2. Elakkan daripada menekan keras atau menghentak pedal brek. Pengereman keras boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada kenderaan.
  3. Anda disyorkan untuk anda mengekalkan input pecutan sesaat, sebelum melepaskannya perlahan-lahan.
  4. Mengawal stereng dengan kemas dan rapi kerana risiko untuk kenderaan hilang kawalan adalah tinggi.
  5. Cuba berhentikan kenderaan secara perlahan-lahan. Gunakan brek enjin jika perlu. 
  6. Jangan berhenti di tengah-tengah jalan secara tiba-tiba kerana ia akan meningkatkan risiko kemalangan. Aktifkan lampu bahaya anda apabila berhenti.

Kesimpulan

Apabila berlaku hal atau kejadian seperti ini, perkara utama yang anda perlu lakukan adalah tidak panik. Hal ini kerana, apabila panik anda akan lebih cenderung untuk melakukan kesalahan kecil yang mungkin akan memudaratkan keadaan anda. Di harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda menghadapi masalah tayar pecah ini. Selamat mencuba!