Lina Rosli Diterbitkan 3 December 2019

#TAJBeauty – Skrub Bibir Terbaik Untuk Tahun 2019

#TAJBeauty – Skrub Bibir Terbaik Untuk Tahun 2019

Skrub bibir terbaik untuk bibir kering dan mengelupas

Related image

Clinique Sweet Pots Sugar Scrub & Lip Balm (RM40)

Bagi anda yang menggemari kosmetik dengan bekas yang kecil dan comel, Clinique Sweet Pots adalah pilihan yang terbaik. Srub di dalam pot kecil ini mengandungi ramuan yang baik untuk rawatan bibir yang sempurna. Ia hadir dengan dua kandungan dalam satu pot iaitu skrub gula dan lip balm yang membantu menghidratkan bibir anda. Terdapat lima pilihan warna, yang mana ia hadir dengan warna lembut sehingga ke warna yang lebih terang yang sesuai untuk digayakan di pelbagai jenis acara.

Sephora Honey Lip Scrub (RM24)

Dari segi pembungkusan, Sephora menampilkan skrub bibir berbentuk seakan bekas gincu. Untuk ramuan dan bahan yang disediakan, skrub ini menggunakan bahan semulajadi seperti madu, mentega shea dan gula. Orang dengan bibir yang sensitif dan mudah pecah amat sesuai menggunakannya kerana ia bukan sahaja melembutkan bibir malah ia memberikan kesan bibir yang lebih halus dan lembut. 

Lip Scrub Honey

Innisfree Smooth Lip Scrub (RM16)

Pengelupasan secara semulajadi adalah biasa untuk bibir, namun jika ia berlanjutan dalam tempoh yang lebih lama boleh menyebabkan bibir sensitif. Innisfree Smooth Lip Scrub boleh digunakan setiap hari kerana hadir dengan ramuan seperti walnut dan granul kelapa halus yang mengawal pengelupasan, sementara minyak camellia dan mentega shea hadir bagi melembapkan dan melembutkan bibir.

Fenty Beauty Pro Kiss’r Lip-Loving Scrubstick (RM70)

‘Scrubstick’ dari Fenty merupakan salah satu skrub bibir yang terbaik untuk tahun 2019. Ia hadir dengan ramuan biji aprikot untuk pengelupasan dan minyak benih jojoba untuk kesegaran bibir. Anda hanya sapu ke atas bibir dan dapatkan bibir yang halus dan mulus. Dari segi pemakaiannya pada waktu harian, ia boleh dikatakan agak mudah dan ringan selain tidak berminyak yang mana tidak mengganggu rasa pada bibir anda. Bukan itu sahaja, ia juga menjadikan bibir lebih baik selain menyajikan ramuan yang berkhasiat dan sesuai untuk bibir. 

Pro Kiss'R Lip-Loving Scrubstick 3g

_______________________________________________________________________

Bagi anda yang lebih cenderung ke arah ramuan kecantikan yang lebih semula jadi, anda juga boleh menyediakan skrub bibir anda sendiri. Antara ramuan atau bahan yang boleh digunakan adalah gula perang, madu organik dan minyak kelapa organik. Ketiga-tiga ramuan ini membantu mengurangkan penggelupasan, merawat bibir dan melembapkan bibir. Selamat mencuba!