Pernahkah anda mengalami situasi yang mana anda baru lepas mengambil sarapan pagi dan anda merasa lapar selepas beberapa ketika? Apabila perkara ini terjadi, anda lebih cenderung untuk mengambil makanan ringan yang tinggi kalori, gula dan lemak bagi mengisi perut sebelum waktu makan yang seterusnya. Gaya pemakanan yang tidak sihat bukan sahaja menyebabkan kenaikan berat badan pada waktu yang singkat malah ia juga mengundang kepada masalah kesihatan. 

selective focus photography of three brown eggs near white ceramic bowl

Bagi mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk mengambil hidangan makanan yang lebih tahan lama yang mana ia tidak membuatkan anda berasa lapar dengan lebih mudah. Anda harus memilih hidangan yang lengkap mengikut kuantiti dalam piramid makanan. Antara makanan yang anda boleh ambil termasuk:

Telur

Telur adalah kombinasi sempurna protein dan lemak yang sesuai untuk membuat perut berasa kenyang. Menurut kajian dari Pennington Biomedical Research Center di Baton Rouge, LA, ia mendapati telur mengandungi tahap ghrelin yang rendah yang dapat mengurangkan hormon yang merangsang nafsu makan dan meningkatkan tahap PPY bagi membantu perut berasa kenyang.

Badam

Badam mengandungi serat yang tinggi yang boleh membuat anda kenyang lebih lama. Jika anda memakan kira-kira 6 hingga 15 biji badam dapat membantu anda mengawal selera makan. Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.

"Eating too many almonds spoils your appetite for your next meal and contributes significant calories to your daily intake,"

Avocado

Avocado mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan. Ramai orang lebih gemar untuk mengambilnya secara mentah atau menambahnya ke dalam salad dan dijadikan sebagai jus. Avocado mengandungi asid oleik yang merupakan  asid lemak tak tepu mono yang turut membawa kebaikan kepada badan. Untuk mencubanya, anda boleh mencampurkan avocado bersama susu yang mana akan membantu tubuh berasa lebih kenyang tanpa meningkatkan kolestrol dalam darah.

sliced avocado on brown wooden chopping board

Greek Yogurt

Untuk Greek Yogurt, ia tinggi dengan kalsium dan rendah gula. Ia membantu mengurangkan rasa lapar, meningkatkan metabolisme, dan membina otot. Yogurt ini adalah sumber kalsium yang sangat baik, yang dapat membantu meningkatkan kesihatan tulang selain menyokong keseimbangan bakteria yang sihat dalam usus.

"Protein-rich foods also contain some fat in varying amounts, which also keeps you full for a longer period."

Sup

Menurut kajian yang dijalankan di Pennsylvania State University, ia mengatakan bahawa menghirup cecair panas seperti sup atau lauk berkuah dapat membendung selera makan anda. Apabila anda menghirup sup, ia akan terus mengalir melalui sfinkter pilat di bahagian bawah perut dan terus ke dalam usus. Jumlah sup yang dihirup akan dikekalkan dalam perut manakala nutrien pepejal pula akan dicerna. Dengan ini, ia akan menghalang pengeluaran hormon lapar ghrelin, dan menjadikan anda merasa kenyang lebih lama. Antara jenis sup yang boleh diambil termasuk sup cendawan, sup ayam, sup labu (pumpkin soup) dan lain-lain.

white ceramic bowl

Kesimpulan

Selain lima variasi makanan di atas, terdapat beberapa contoh lain yang boleh anda ambil dalam diet harian anda. Antaranya termasuk kentang, oat, buah-buahan dan daging. Makanan-makanan ini mengandungi protein dan serat yang tinggi yang mana ia boleh membuat anda berasa kenyang lebih lama sekaligus dapat mengawal selera makan dengan lebih baik.

Sumber: Science Daily , Medical News Today

Lihat profil
Lina Rosli

643 artikel di Tajria.