Carian
Dapatkan Secawan Kopi Yang Lazat Menggunakan Mesin Espresso Philips
December 5, 2019 Lina Rosli

Dapatkan Secawan Kopi Yang Lazat Menggunakan Mesin Espresso Philips

Bagi peminat-peminat kopi atau caffeine-lover, pasti anda amat menitik beratkan kelazatan dan kesegaran secawan kopi. Bukan mudah untuk anda mendapatkan secawan kopi yang menepati citarasa anda. Namun, dengan adanya siri mesin espresso automatik dari Philips, anda dapat merasai kesegaran kopi selain mudah untuk dibancuh dan disediakan di rumah.

Philips kini hadir dengan mesin terbaru iaitu Saeco PicoBaristo, Philips 3200 Series LatteGo, Philips 5000 SeriesLatteGo, Philips 2200 Series dan Philips 3100 Series. Ia direka khas untuk pencinta kopi yang mana ia menyediakan secawan kopi seakan profesional.  

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kualiti kopi termasuk cara panggangan kopi, saiz kisaran dan suhu air sewaktu membancuh kopi. Oleh itu, setiap mesin espresso yang diperkenalkan hadir dengan fungsi pintar dan intuitif, direka dengan rapi untuk membantu pengguna memperoleh secawan kopi yang sempurna selari dengan mood si pencinta kopi. Pada masa yang sama, ia juga memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan mesin.

Menarik mengenai mesin espresso Philips ini adalah ia hadir dengan pengisar seramik tahan lama yang mana ia menyediakan biji kopi segar yang sangat halus. Bukan itu sahaja, mesin ini turut melindungi biji kopi dengan Aroma Seal yang mana ia akan memastikan aroma asli biji kopi dapat dikekalkan dalam jangka masa yang lebih lama.

Selain itu, ia juga hadir dengan sistem Aroma Extract mencapai keseimbangan optimum antara suhu membancuh dan pengekstrakan aroma dengan mengekalkan suhu air antara 90 dan 98°C, dan pada masa sama, mengawal selia kadar aliran air. Bukan itu sahaja, mesin ini membawakan fungsi untuk memanaskan stim dan menghasilkan buih susu  (Classic Milk Frother).

Dengan adanya mesin espresso automatik, anda boleh mendapatkan secawan kopi yang lazat dan mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!

 

Komen