Sejak zaman pra-sejarah lagi, pelbagai barangan keperluan telah dicipta yang mana terdapat beberapa peralatan yang telah digunakan sampai sekarang. Antara peralatan dan kelengkapan yang paling memberikan kesan baik kepada dunia sekarang adalah perkakas memasak dan kutleri. Untuk topik hari ini, Tajria ingin berkongsi kepada anda mengenai kutleri yang sangat popular dalam kalangan individu di Malaysia iaitu sudu dan garpu.

grey stainless steel cutlery set

Jika anda makan di rumah atau restoran, pasti anda akan mencari kutleri ini untuk menikmati hidangan anda. Ia bukan sahaja digunakan hanya di Malaysia, malah ia digunakan di setiap negara di seluruh dunia. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya, bila dan bagaimana kutleri ini terhasil?

Sudu

Sudu adalah salah satu peralatan yang digunakan secara meluas di dunia. Hampir setiap individu pernah menggunakan sudu untuk perkara yang berkaitan dengan makan. Sudu digunakan bagi mendapatkan makanan yang sukar untuk dipegang dan dicapai menggunakan tangan. Tidak seperti pisau dan garpu, yang terdapat bahagian, sudu semulajadi boleh digunakan dengan menggunakan benda-benda seperti kerang atau batu yang telah terbentuk pada asalnya. 

flat lay photography of silver spoons

Tidak ada tempoh masa yang pasti yang boleh dikaitkan dengan ciptaan sudu. Namun, bukti arkeologi menunjukkan bahawa sudu digunakan untuk tujuan keagamaan Mesir purba seawal 1000 SM. Sudu-sudu ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti gading, kayu, batu permata dan batu tulis, sudu-sudu ini diliputi dalam hiasan hiasan dan hieroglif. Semasa kerajaan Yunani dan Rom pula, sudu diperbuat dari tembaga dan perak yang mana ia masih digunakan sehingga sekarang.

Garpu

Berbeza dengan pembuatan sudu, garpu diperkenalkan sejak 1000 tahun yang lalu. Pada abad keempat, garpu dilihat tidak mendapat sambutan seperti sudu dan pisau yang mana garpu ini hanya digunakan oleh golongan kelas bangsawan ketika zaman Byzantine. Tetapi, dari masa ke semasa, garpu semakin banyak digunakan apabila saiz dan rekaannya mula mendapat sokongan dari setiap golongan individu. Garpu telah mengalami banyak perubahan dari segi reka bentuk. Pada awalnya, garpu hanya mempunyai dua batang (prong) dan bertambah menjadi tiga batang, dan seterusnya 4 batang yang kini menjadi norma untuk menghidang dan mengambil makanan. 

three gray metal forks casting shadow on green surface

Populariti garpu mula meningkat pada abad ke-16 disebabkan oleh Catherine de Medici. Beliau merupakan seorang persona yang menjadi ikutan ramai di Itali yang mana tiga anaknya merupakan raja di Perancis. Dia membantu mempopularkan garpu (serta pasta, minyak zaitun, chianti dan manisan) sewaktu perkahwinannya dengan Henry II. Walau bagaimanapun, ramai lelaki masih menganggap penggunaan garpu adalah terlalu feminin.

Kesimpulan

Sudu dan garpu digunakan di seluruh dunia, walaupun masih terdapat sesetengah negara masih menggunakan pada penyepit sebagai kutleri utama. Kesemua kutleri yang digunakan sehingga masa kini telah banyak dilakukan revolusi dan perubahan. Ia dicipta berdasarkan fungsi dan keperluan mengikut norma dan penerimaan masyarakat.

Lihat profil
Lina Rosli

643 artikel di Tajria.