#TAJKongsi – Apakah Yang Restoran Akan Lakukan Pada Lebihan Makanan?

Pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana restoran atau kedai makan menguruskan lebihan makanan mereka setiap hari? Adakah ia akan dibuang terus ke dalam tong sampah atau mereka akan memberikan makanan tersebut secara percuma kepada sesetengah individu? 

Sebelum itu, tahukah anda mengenai jenis-jenis sisa makanan untuk sesebuah industri makanan? Sisa atau lebihan makanan ini hadir dalam beberapa jenis keadaan, iaitu lebihan untuk bahan-bahan mentah utama seperti ayam, ikan, daging, sayuran dan jenis makanan yang mempunyai tempoh luput yang singkat, lebihan bahan mentah yang telah diproses yang mana ia mempunyai tempoh luput yang panjang, lebihan makanan yang telah dimasak tetapi masih tidak disentuh atau digunakan dan sisa makanan dari pinggan atau meja pelanggan.

black trash bin

Untuk restoran seperti McDonald’s, mereka akan menyediakan makanan seperti burger lebih awal supaya ia dapat diberikan kepada pelanggan dengan serta-merta setelah menerima pesanan. Walau bagaimanapun, McDonald’s hanya akan menyimpan burger yang telah disediakan awal sekitar 20 minit atau tempoh maksima satu jam (bergantung pada produk) sebelum membuangnya. Ini adalah untuk memastikan keselamatan makanan dan rasa yang optimum. Burger tidak boleh dimakan jika ia telah ditinggalkan di dalam bilik selama lebih dari dua jam disebabkan bakteria yang terhasil.

Sementara untuk lebihan makanan biasanya boleh disimpan selama tiga hingga empat hari di dalam peti sejuk. Pastikan anda memakannya dalam masa itu. Selepas itu, risiko keracunan makanan meningkat.

close-up photography of hambuger on white textile

Di India, terdapat beberapa cara mereka menguruskan lebihan makanan yang terdapat di restoran. Ia sama ada digunakan semula jika masih elok (kebiasaannya adalah bahan mentah) atau ia akan diberikan kepada pekerja restoran tersebut setelah selesai kerja atau restoran tersebut turut akan mengagihkan makanan yang berlebihan kepada golongan memerlukan. Namun, terdapat kekurangan untuk cara pengurusan ini yang mana ia mempunyai risiko yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Sesetengah restoran akan mengelakkan daripada mendermakan makanan yang tidak dimakan atau berlebihan disebabkan oleh risiko kesihatan. Tetapi, terdapat Rang Undang-Undang Bill Emerson Good Samaritan Food Donation Act of 1996, yang mana ia akan menjaga hak penderma makanan atau mana-mana entiti yang mendermakan sesuatu makanan. Dengan ini, restoran atau mana-mana syarikat tidak perlu risau untuk mendermakan makanan yang dilihat masih dalam keadaan baik dengan tidak termasuk dalam liabiliti penderma kecuali dalam kes kecuaian atau salah laku yang disengajakan.

Di Malaysia, sisa makanan terbesar adalah daripada perumahan secara individu yang mana kira-kira 1.2kg sisa dibuang setiap hari di setiap rumah. Bagi mengurangkan masalah ini, kebanyakkan restoran dan makanan mengambil inisiatif untuk menyediakan servis buffet yang mana ia adalah lebih interaktif yang mana mereka hanya akan menyajikan makanan mengikut pesanan. Dengan ini, pembaziran hidangan dapat dikurangkan.