Adakah Kulat Pada Roti Berbahaya? Ini Yang Akan Berlaku Jika Anda Termakan Kulat

Pernahkah anda termakan makanan atau roti yang telah rosak? Apakah yang anda akan buat sekiranya anda termakan makanan tersebut? Saya pasti, ramai dikalangan anda pernah mengalami situasi seperti ini tidak kira sama ada sengaja ataupun tidak.

sliced of bread on top of white surface

Kulat pada roti terbentuk di dalam terrarium kulat yang mana ia menghasilkan bahan kimia yang membuat makanan tersebut mula rosak dan membusuk. Apabila makanan dibahagikan kepada bahagian yang kecil, kulat akan lebih mudah untuk menyerap dan tumbuh lebih besar. Kebiasaannya, ia mengambil masa sekitar 7-10 hari sebelum anda dapat melihat pertumbuhan kulat yang ketara pada roti. Roti yang segar akan lebih cepat rosak berbanding  roti yang dibeli yang mengandungi bahan pengawet.

baked breads in rack

Adakah kulat pada roti ini berbahaya dan boleh menyebabkan kematian?

 Jawapannya adalah tidak. Anda tidak akan mati akibat makan makanan yang telah berkulat. Namun, ia masih akan memberi kesan lain kepada sistem dalam badan anda termasuk masalah berkaitan pencernaan. Jika anda mempunyai sistem imun yang baik dan sihat, kesan yang biasanya akan berlaku adalah masalah loya atau muntah. Dan jika anda alah kepada kulat, ia boleh membawa kepada gejala yang tidak selesa termasuk gatal-gatal pada mata, hidung, dan tekak. Tambahan, anda tidak digalakkan untuk menghidu kulat kerana ia akan menyebabkan gangguan pada saluran penafasan.

Bolehkah roti dimakan semula selepas buang kulat padanya?

Menjadi kebiasaan individu yang mana, apabila anda ternampak kulat kecil pada roti, anda hanya akan pilih dan buang sahaja bahagian yang terkena kulat. Tetapi, hakikatnya perkara itu tidak elok yang mana roti itu sudah tidak boleh dimakan. 

Pada makanan seperti buah, roti, dan keju lembut (soft cheese) dan sayur-sayuran, kulat akan terus meresap makanan dan ia tidak selamat untuk dimakan. Menurut USDA, akar kulat boleh tumbuh di dalam makanan yang mana walau telah dibuang pada permukaannya, ia masih boleh membahayakan kesihatan anda. 

You only see part of the mold on the surface of food — gray fur on forgotten bologna, fuzzy green dots on bread, white dust on Cheddar, coin-size velvety circles on fruits, and furry growth on the surface of jellies. When a food shows heavy mold growth, ‘root’ threads have invaded it deeply.”

Adakah dengan membakar roti boleh membunuh kulat?
Secara teorinya tidak. Walaupun anda secara teknikal telah membakar kulat pada suhu tinggi, ia mungkin masih lagi aktif dan tidak dibakar pada suhu yang sepatutnya. Kulat boleh menghasilkan toksin yang mungkin tidak aktif dalam gelombang mikro. Oleh itu, ia masih bahaya untuk anda ambil atau makan walau selepas ia dimasak.

garlic bread

Kesimpulan

Anda tidak digalakkan untuk makan roti selepas tarikh luput walaupun tidak ada kulat yang kelihatan pada permukaan roti tersebut. Hakikatnya, kulat tersebut mungkin dapat dilihat secara mikroskopik, tidak dapat dilihat dengan mata kasar anda. Sekiranya anda tidak pasti makanan mana yang selamat untuk dimakan apabila anda melihat kulat pada seseuatu adalah lebih baik untuk anda terus membuangnya. USDA mempunyai carta yang menggariskan berkenaan kulat dan keselamatan makanan.

Sumber: Mercola , Mayoclinic