Dari Manakah Kicap Berasal? Ini Negara-Negara Yang Menggunakan Kicap
Jika kita lihat menu makanan hari ini telah banyak berubah yang mana ia hadir dengan pelbagai elemen perasa makanan iaitu manis, pedas, masin, pahit dan lemak. Anda boleh lihat terdapat variasi makanan yang anda boleh rasa sewaktu hidangan makan sama ada sarapan, makan tengahari dan makan malam. Tetapi, saya pasti dalam banyak-banyak makanan yang paling ramai individu gemari adalah kicap. Seperti yang kita ketahui, kicap merupakan salah satu hidangan yang boleh dimakan oleh semua golongan dalam masyarakat tidak kira mudah atau tua, kaya atau miskin.
Kicap atau soy sauce ini berasal daripada negara China yang mana ia telah diperkenalkan lebih daripada 2,500 tahun yang lalu. Bahan mentah yang digunakan membuat kicap termasuk kacang kedelai (kacang soya), garam, air dan barli atau tepung gandum yang mana ia menjadi bahan asas dalam masakan Jepun, Cina dan lain-lain.
Terdapat banyak jenis atau variasi kicap yang berbeza dari segi rasa dan tekstur. Menarik mengenai kicap ini adalah ia digunakan oleh kebanyakan negara di Asia termasuk China, Jepun, Malaysia, Vietnam, Filipina dan banyak lagi. Di setiap negara ini, ia menggunakan kicap untuk masakan yang berbeza yang mana masyarakat di Malaysia menggunakan kicap sebagai kuah atau lauk dalam masakan untuk dimakan bersama nasi. Sementara di Jepun pula menyediakan kicap sebagai pencicah atau penambah perasan untuk hidangan mereka. Manakala, masyarakat di China pula tidak meletakkan kicap bersama-sama nasi yang mana menurut mereka perkara ini adalah tidak normal.
Bercerita mengenai perbezaan rasa dan tekstur kicap pula, kicap hadir dengan variasi rasa yang lain iaitu masin, manis dan lemak manis, cair dan pekat. Kicap masin mempunyai tekstur yang lebih nipis berbanding kicap manis yang mana teksturnya adalah lebih pekat dan gelap. Di Malaysia, terdapat banyak jenama yang boleh anda dapati yang mana mereka menyediakan jenis kicap yang bersesuaian dengan selera masyarakat tempatan.
Jika kita lihat di negara-negara lain, terdapat banyak perbezaan yang boleh dilihat dalam hidangan makanan. Terdapat berbagai-bagai teknik masakan serta penggunaan bahan dalam menyediakan setiap masakan. Di Malaysia, kicap bukan sahaja digunakan sebagai penambah perasa, malah ia juga boleh digunakan sebagai tumisan pada lauk dan juga perepan untuk sesetengah hidangan.