#TAJFesyen – Apa Yang Anda Boleh Nantikan Untuk Fesyen 2020
Apakah yang anda nantikan untuk fesyen tahun 2020 ini? Adakah anda menginginkan sesuatu yang lebih kemas dan minimal atau anda menantikan sesuatu yang lebih santai dan ranggi? Menurut laporan dari Insider, tahun 2020 bakal menampilkan kepada anda trend yang pernah menjadi carian hangat suatu ketika dahulu iaitu gaya tahun 60-an dan 70-an.

Psychedelic dan Potongan Seluar Kembang
Untuk tahun hadapan, para penggaya dan pereka fesyen mengatakan yang fesyen bercorak psychedelic dan potongan kembang untuk baju dan seluar. Apakah yang dimaksudkan dengan psychedelic fashion? Ia adalah sebuah istilah yang menggambarkan kategori muzik rock yang dikenali sebagai rock psychedelic, serta seni visual, fesyen, dan budaya pada tahun 1960-an di San Francisco, California.
Corak Mendatar Dan Menegak
Selain itu, baju dan seluar dengan corak mendatar dan menegak juga akan terus menjadi popular pada tahun 2020. Gaya ini sememangnya sering menjadi pilihan kebanyakan individu tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini kerana, corak ini bukan sahaja tampak lebih matang dan versatil malah ia juga kadang-kadang memberi kesan lebih kecil atau kurus pada badan. Jadi, tidak dapat dinafikan gaya ini lebih banyak dipakai oleh orang ramai berbanding corak-corak yang lain.
Puffed Dan Beropol
Pakaian yang beropol atau puffed juga boleh dikatakan telah menjadi pilihan untuk tempoh masa yang agak lama. Ia juga bakal mengungguli fesyen pakaian untuk tahun 2020 yang mana kebanyakan pereka gemar menggunakan konsep lengan kembang untuk beberapa tahun ini. Antara jenama yang menggunakan rekaan puffed ini termasuk Larney dan beberapa jenama lain.
Pakaian Sepasang Atau Suit
Trend untuk pakaian sepasang seperti suits juga akan kekal menjadi fesyen pilihan untuk tahun 2020. Hal ini kerana, suits bukan sahaja sesuai digayakan untuk majlis atau acara formal, malah ia juga sesuai untuk dipakai sewaktu aktiviti biasa dan santai. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai dipakai oleh setiap lapisan umur. Maka, tidak hairan jika fesyen ini masih menarik perhatian ramai sehingga sekarang.
Warna-Warna Neon Yang Terang
Selain corak, warna turut memainkan peranan penting di dalam fesyen. Menurut Insider, kemungkinan besar pereka fesyen akan menggunakan warna yang sangat terang ke dalam koleksi musim bunga mereka.
________________________________________________________________________
Tidak kira apapun pilihan corak atau warna yang anda inginkan, perkara yang paling penting berkaitan fesyen adalah keselesaan. Pastikan anda selesa dengan gaya, baju, seluar atau lain-lain aksesori kerana ia akan memberikan impak yang besar jika anda tidak selesa untuk memakainya.