Carian
Aplikasi GoPayz Menawarkan Servis Pembayaran Zakat Terus Ke Lembaga Zakat Selangor
December 18, 2019 Lina Rosli

Aplikasi GoPayz Menawarkan Servis Pembayaran Zakat Terus Ke Lembaga Zakat Selangor

GoPayz adalah sebuah aplikasi dompet digital yang dibangunkan oleh U Mobile yang mana pengguna boleh membuat pembayaran bil dan utiliti melalui kewangan digital. Antara servis yang ditawarkan termasuk pembayaran bil telefon, pembelian tiket bas menerusi CatchThatBus, pembayaran bil utiliti dan bermacam-macam lagi.

Terbaru, GoPayz kini dilantik sebagai agen pengutipan rasmi zakat oleh Lembagai Zakat Selangor yang mana ia hadir dengan servis perkhidmatan pembayaran zakat secara digital. Dengan ini, bayaran zakat seperti Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Zakat Perak, Qada’ Zakat, Zakat Fitrah dan Zakat Harta boleh dilakukan dengan hanya menambah nilai wang ke dalam dompet digital tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh muat turun aplikasi GoPayz melalui Google Play Store dan Apps Store bermula hari ini. Anda boleh mengikuti 5 langkah mudah untuk memulakan pembayaran zakat:

  1. Muat turun dan daftar masuk aplikasi atau laman GoPayz (www.gopayz.com.my)
  2. Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor
  3. Isi dan lengkapkan maklumat peribadi bagi meneruskan transaksi pembayaran yang dipilih.
  4. Selepas anda telah memilih jenis pembayaran zakat yang ingin dilakukan, anda akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat”. Kemudian, tekan “Terus Bayaran”.
  5. Pilih cara pembayaran untuk melengkapkan transaksi.

Menerusinya, pengguna boleh terus melaksanakan bayaran zakat dengan lebih mudah tanpa perlu berdaftar di kaunter fizikal atau mana-mana pusat bayaran zakat di seluruh negeri. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan kad fizikal GoPayz dan nikmati ganjaran dan baucer yang berbaloi dan menarik. Selamat mencuba!

Muat turun: Google Play Store , Apps Store

Komen