Carian
Ini Restoran Yang Anda Boleh Cuba Jika Bercuti Di New South Wales, Australia
December 19, 2019 Lina Rosli

Ini Restoran Yang Anda Boleh Cuba Jika Bercuti Di New South Wales, Australia

Walau jauh mana pun anda berjalan atau melancong,  pasti anda tidak dapat melupakan masakan asli dari tanah air tercinta bukan? Mana tidaknya, hidangan Malaysia sudah tentu mempunyai rasa yang sangat unik yang mana rasa rempah, perasa, dan segala bahan yang dimasak memberikan nikmat makan yang sungguh menyelerakan.

Bersempena Tahun Baru ini, pasti ramai di kalangan individu yang sudah merancang untuk bercuti di luar negara. Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda variasi jenis restoran yang membawakan hidangan yang cukup sempurna untuk Tahun Baru anda. Dari masakan tradisional, masakan Mamak, mee buatan tangan terbaik, dim sum dan teh yang memukau, anda boleh dapatkan masakan ini yang sesuai dengan citarasa anda ketika melancong di New South Wales, Australia.

Restoran Mamak

Mamak adalah restoran halal di jalan Goulburn yang menyajikan hidangan asli dari Malaysia. Anda boleh mendapatkan hidangan roti bersama kari, satay, ayam goreng dan nasi lemak yang mana hidangan ini semestinya pilihan wajib setiap masyarakat Malaysia.

  • Alamat: 15 Goulburn St, Sydney NSW 2000, Australia
  • Perbelanjaan purata: RM 60 hingga RM 90 ++ seorang

Spiced by Billus

Spiced by Billus terletak di tepi pantai di Barangaroo yang mana ia menyediakan masakan India asli yang bukan sahaja enak malah menyelerakan. Restoran ini menampilkan pemandangan tepi laut yang indah, hiasan dan dekorasi yang moden serta masakan India yang lazat yang diperbuat daripada bahan-bahan segar. Spiced by Billus adalah destinasi sempurna untuk makan tengah hari, makan malam romantis, tempahan kumpulan, katering korporat dan macam-macam lagi.

  • Alamat: 7/33 Barangaroo Ave, Barangaroo NSW 2000, Australia
  • Perbelanjaan purata: RM 60 hingga RM 180 ++ seorang

Bubble Nini Tea

Bagi penggemar bubble tea, Bubble Nini adalah kedai teh yang menarik di Darling Square yang sangat sesuai untuk gambar-gambar yang #InstaWorthy. Kedai ini dikenali untuk membuat mutiara tapioka segar setiap hari selain menawarkan pelbagai pilihan teh. Antara menu menarik adalah Sun Moon Lake Black Tea yang diperbuat dengan gula coklat cair dan susu krim dan dihiasi dengan jeli herba.

  • Alamat: 8 Central Park Ave, Chippendale NSW 2008, Australia
  • Perbelanjaan purata: RM 15 hingga RM 30 ++ setiap orang

Mr. Lim

Bagi pelancong yang ingin meneroka wilayah New South Wales, Mr. Lim, sebuah restoran gabungan Asia yang berpangkalan di Orange NSW adalah tempat yang wajib dikunjungi. Di restoran ini, anda akan mendapati hidangan yang disediakan adalah masakan ala-ala barbeku Cina, Korea dan Australia. Bagi yang berminat, pengunjung boleh mencuba Scallop & Prawn dumpling dengan ikan laut Australia dan Aussie Steak yang digoreng bersama bawang merah dan bawang putih.

  • Alamat: 282 Summer St, Orange NSW 2800, Australia
  • Perbelanjaan purata: RM 30 hingga RM 120 ++ seorang

Kesimpulan

Bagi anda yang gemar mencuba makanan baru, restoran-restoran di atas menyajikan pelbagai variasi makanan yang menarik. Ia bukan sahaja sesuai dengan citarasa anda, malah ia juga mempunyai rasa tempatan yang unik diolah dengan gaya makanan di Australia. Selamat mencuba!

Komen