Lina Rosli Diterbitkan 19 December 2019

Kenapa Tarikh Siap Itu Penting?

Kenapa Tarikh Siap Itu Penting?

Pernahkah anda risau akan deadline atau tarikh siap untuk projek anda? Perkara ini sering berlaku dalam mana-mana institusi di seluruh dunia, tidak kira sama ada sewaktu di sekolah, universiti atau tempat kerja. Jika anda perasan, perkara ini seperti sudah sinonim dalam kehidupan yang mana kebanyakan individu akan meletakkan tempoh masa yang tertentu untuk sebarang tugas yang diberikan. Hal ini kerana, ia bagi mengelakkan tugas yang diberikan mengambil masa yang terlalu lama untuk dilaksanakan.

analog clock at 12 am

Oleh itu, terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu mematuhi dan mengikuti tempoh masa yang telah ditetapkan.

Membentuk Disiplin Dalam Diri

Salah satu sebab mengapa anda perlu melaksanakan kerja sebelum tempoh siap adalah bagi membentuk disiplin dalam diri. Hal ini bukan sahaja membuatkan anda melakukan tugas dengan pantas, malah ia juga membantu anda dalam mengurus masa anda dengan lebih baik. 

Melaksanakan Komitmen Yang Diberikan Dengan Lebih Komited

Menerusi tarikh siap yang diberikan, anda dapat merancang perkara yang perlu dilakukan dengan lebih teratur. Dengan ini, jika terdapat perkara yang perlu diperbetulkan, ia dapat diselesaikan dengan lebih tepat selain memudahkan anda untuk menilai tugasan yang diberikan.

Menjadikan Tugasan Lebih Berkualiti

Tarikh siap ditetapkan bagi membantu individu menyelesaikan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan tugasan sebelum tarikh akhir, ia akan menyebabkan pertambahan kerja jika anda melewatkan tempoh siap.

Meningkatkan Kepercayaan Orang Lain Terhadap Kredibiliti Anda

Kebanyakan individu mengambil berat mengenai kredibiliti anda dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Apabila anda dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh yang diberikan, ia bukan sahaja dapat melancarkan perjalanan tugasan malah ia turut menggambarkan keperibadian anda.

Membantu Mengurus Masa

Tarikh akhir juga membantu pengurus mengetahui masa yang diperlukan untuk anda menyelesaikan tugasan. Sekiranya tarikh siap dipenuhi, ia membantu untuk mengesan dan mengukur pencapaian anda tanpa memberikan tekanan lain.

Kesimpulan

Deadlines dalam kerja dapat melancarkan proses kerja anda yang mana membuatkan ia lebih kemas dan teratur. Oleh itu, anda disarankan untuk menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan anda terbeban dengan kerja lain yang akan datang.