Terokai Pengalaman Baru Menerusi Kempen TikTok Sepanjang Tahun 2019

Pada tahun 2019, TikTok hadir dengan pelbagai kempen dan acara yang dapat menggalakkan pengguna untuk menunjukkan kemahiran dan bakat unik. Bukan itu sahaja, menerusi kempen yang dianjurkan juga, ia dapat memupuk dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk janaan kreativiti seseorang individu. TikTok turut menjadikan perkongsian individu atau mana-mana pihak lebih mudah dan pantas.

TikTok telah melancarkan beberapa kempen yang membantu pengguna untuk mengetahui dan menerokai bakat, gaya hidup dan budaya sesebuah tempat. Antara kempen yang telah dijalankan TikTok adalah #TikTokTravel yang membawakan pengalaman baru mengenai geografi dan budaya dalam negara. Di Malaysia, pengguna turut mengekspresikan #ExperiencePenang dengan kerjasama dengan pihak Penang Global Tourism untuk mendedahkan tarikan yang ditawarkan oleh Pearl of the Orient. 

Untuk memberikan inspirasi kepada pengguna dalam melakukan gaya hidup sihat, TikTok bekerjasama dengan Celebrity Fitness Malaysia untuk melancarkan cabaran #EverydayIGetBetter. Semua individu yang berminat digalakkan untuk menyiapkan lima tugasan dan latihan kecergasan dengan gerakan yang unik. 

Menyedari kepentingan dorongan dan motivasi, TikTok telah melancarkan #TikTokClassroom yang menampilkan Tiktok Educators untuk mengajar individu berkenaan perkara-perkara yang mereka mahir. Antara kemahiran yang boleh dipelajari termasuk kebolehan bahasa, life hacks, dan fotografi.

Di samping mengasah dan menanam kemahiran dan bakat individu di seluruh Asia Tenggara, TikTok terus memperluaskan komitmen terhadap tanggungjawab korporat. Untuk Good Campaign and Trust and Safety, TikTok telah bekerjasama dengan pelbagai NGO di seluruh Asia untuk memacu impak sosial yang sebenar. Beberapa cabaran yang paling ketara dari 2019 termasuk #SaveOurOceans, #ForClimate, dan #ZeroWaster yang banyak memberikan sumbangan kewangan dan kesedaran dalam kalangan pengguna.

Dengan proses rakaman dan suntingan video yang mudah, TikTok membuka peluang kepada semua individu untuk menyerlahkan kreativiti, idea baru, bakat yang unik di platform tersebut. Muat turun aplikasi TikTok melalui Apps Store atau Google Play Store mulai hari ini.