Lina Rosli Diterbitkan 20 December 2019

Ini 9 Destinasi Pelancongan Pilihan Untuk Tahun 2019

Ini 9 Destinasi Pelancongan Pilihan Untuk Tahun 2019

Dengan adanya kemudahan teknologi dan pengangkutan, pergerakan anda untuk ke mana-mana menjadi semakin mudah dan pantas. Hasilnya, peratusan pelancongan juga semakin meningkat. Tetapi apakah negara-negara yang menjadi pilihan utama individu untuk tahun 2019 ini? Dan negara manakah yang paling banyak dikunjungi di dunia? 

Mengikut data tempahan di Agoda.com,  Jepun, Thailand dan Malaysia merupakan negara pilihan utama individu di Asia untuk tahun 2019. Sementara Eropah pula, negara pilihan utama untuk tahun 2019 adalah Perancis yang menduduki tangga pertama, diikuti United Kingdom dan Itali di tempat kedua dan ketiga.

Tidak ketinggalan juga, Bangkok, Paris dan Las Vegas masing-masing telah menjadi desinasi pilihan utama di Asia, Eropah dan Amerika Utara dalam 12 bulan kebelakangan ini. Bangkok dan Las Vegas mengekalkan kedudukan pertama mereka sebagai destinasi pilihan ramai, manakala Paris menggantikan London sebagai destinasi paling popular di Eropah.

Destinasi Pilihan Utama Pelancong Malaysia 2019

Malaysia, Thailand dan Indonesia masih mengekalkan kedudukan tiga teratas bagi pilihan pelancong-pelancong Malaysia. Hal ini kerana, pelancong tempatan lebih gemar untuk bercuti dan melancong di dalam negeri. Dengan ini, ia menjadikan sembilan daripada sepuluh bandar pilihan utama adalah destinasi tempatan iaitu:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Pulau Pinang
  • Melaka
  • Johor Bharu, Johor
  • Kota Kinabalu, Sabah
  • Ipoh, Perak
  • Kuantan, Pahang
  • Kuching, Sarawak
  • Cameron Highlands, Pahang
  • Bangkok, Thailand

Berdasarkan data di atas, dapat disimpulkan bahawa Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi pilihan kebanyakan individu untuk tahun 2019. Bukan sahaja sering dilawati oleh masyarakat tempatan sendiri, malah ia turut dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari serata dunia. Jadi, negara manakah yang akan menjadi pilihan orang ramai untuk tahun 2020?