Carian
5 Cara Mudah Untuk Merawat Melecur Atau First Degree Burns
December 23, 2019 Lina Rosli

First Degree Burns adalah kecederaan yang mempengaruhi lapisan pertama kulit anda. Melecur adalah salah satu bentuk kecederaan kulit yang paling ringan, dan biasanya mereka tidak memerlukan rawatan perubatan yang kompleks.

Walau bagaimanapun, sesetengah kesan melecur boleh menjadi agak besar atau menyakitkan dan mungkin memerlukan rawatan doktor. Oleh itu, adalah penting untuk anda elak daripada luka melecur dibiarkan tanpa dirawat.


Melecur biasanya mengambil masa kira-kira tiga hari, seminggu atau dua minggu untuk sembuh sepenuhnya dan biasanya tidak menyebabkan parut. Rawatan untuk melecur sebenarnya dilakukan bagi mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan, dan menyembuhkan kulit dengan lebih cepat.

Namun, apakah rawatan mudah yang boleh anda lakukan di rumah?

Air sejuk

Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila melecur adalah meletakkan tempat yang terkena benda panas dengan air yang sejuk (bukan ais). Lakukannya selama kira-kira 20 minit. Kemudian basuh bahagian terbakar dengan sabun dan air yang lembut.

Jangan gunakan minyak panas, ubat gigi atau mentega untuk merawat kesan lecur kerana ia boleh menyebabkan jangkitan.

Cool compresses atau kain basah

Letakkan cool compressed atau kain basah yang bersih di atas kawasan yang melecur. Menerusinya, ia dapat membantu melegakan kesakitan dan bengkak. Anda boleh meletakkan mampatan tersebut sekitar jangka masa 5 hingga 15 minit. Elakkan daripada menggunakan pemampat yang terlalu sejuk kerana mereka boleh menyebabkan keradangan pada kawasan lecur.


Antibiotik

Antibiotik dan krim losyen turut dapat membantu mencegah jangkitan. Sapukan ubat antibiotik seperti Bacitracin, Neosporin atau mana-mana krim yang disarankan doktor bagi mencegah  kesan parut selain mengurangkan  rasa gatal-gatal. 

Aloe vera

Selain itu, Aloe Vera juga bagus digunakan untuk rawatan melecur di rumah. Kajian menunjukkan bahawa aloe vera berkesan dalam penyembuhan untuk melecur tahap pertama dan tahap kedua. Aloe vera merupakan agen anti-radang, melegakan kesakitan dan mengurangkan kesan lepuh dan parut

Elakkan menggunakan produk yang mempunyai bahan tambahan, terutama pewarna dan minyak wangi.

Madu

Madu bukan sahaja baik dan sesuai dijadikan sebagai minuman berkhasiat. Malah, ia juga boleh membantu menyembuhkan kesan terbakar atau melecu. Madu adalah agen anti-radang semulajadi yang boleh mencegah bakteria ada pada luka.

Apabila terkena benda panas seperti air panas, api atau saterika, ia akan menyebakan burns atau melecur pada kulit. Tahap kebakaran itu bergantung kepada suhu tertentu. Untuk proses penyembuhan, ia mungkin mengambil masa tiga hingga 20 hari untuk melecur tahap pertama.

Masa penyembuhan juga akan bergantung kepada kawasan yang terjejas. Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika kesan melecur menunjukkan tanda-tanda jangkitan atau menjadi lebih teruk.

Komen