Trend Fesyen Paling Berpengaruh Sepanjang Dekad – Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Perjalanan sejarah fesyen untuk 10 tahun boleh dikatakan tidak terlalu lama. Namun, dalam industri fesyen, perbezaan dan peredaran cara pemakaian boleh dikatakan berubah dengan agak laju dan pantas tambah lagi jika kita lihat dalam industri fesyen Malaysia. Revolusi kebaya sendiri telah berubah yang mana terdapat banyak elemen-elemen baru yang telah diperagakan sepanjang dekad ini.

Bukan itu sahaja, trend fesyen juga tidak hanya tertakluk kepada perempuan sahaja, ia turut mempengaruhi gaya pemakaian kaum lelaki juga. Dari zaman seluar skinny hingga ke skirt midi, dan banyak gaya dan penampilan popular lain sepanjang dekad yang menjadii inspirasi untuk pereka hari ini. Di bawah ini, lihat semula trend yang paling berpengaruh dari tahun 2010 hingga ke hari ini.

Terdapat beberapa trend popular pada tahun 2010 dijangka jatuh dari fesyen pada tahun 2020. Antara fesyen popular yang pernah menjadi pilihan ramai 10 tahun dahulu termasuk seluar dengan warna-warna neon, skinny jeans, legging bercorak, dan kasut chunky. Fesyen ini pernah dipopularkan oleh kebanyakan selebriti di serata dunia termasuk selebriti K-Pop Girls’ Generation, SHINee dan beberapa selebriti lain seperti Selena Gomez dan One Direction.

You are going to love these amazing print leggings. They are super stylish and this season’s trendiest item.

Selain itu, jeans koyak juga mungkin tidak lagi menjadi peneraju trend untuk tahun 2020. Jadi bagi anda yang masih ingin kekal dalam trend fesyen masa kini, seluar seperti culottes,  palazzo dan bell-buttom jeans mungkin akan menjadi gaya pilihan ramai dalam dekad yang akan datang.

My outfit today for FV's fashion show is from @fvbasics @fashionvaletcom, donning the WKND tshirt #fvootd #gayakoleksiraya2017
Pinterest

Pada permulaan dekad ini juga, stokin dengan corak funky dan menyerlah merupakan salah satu gaya yang sangat popular pada sekitar tahun 2010 sehingga 2013 yang mana kebanyakan individu akan memperagakan stokin dengan cetakan nanas dan serta warna-warna yang terang. Mustard juga adalah salah satu trend warna untuk tahun 2010. Ia boleh dikatakan antara warna yang menjadi pilihan ramai individu. Untuk masa-masa yang akan datang tambah-tambah lagi tahun 2020 akan hadir dengan warna yang lebih ringan.

This with converse sounds like fun... matching bridesmaids' shoes... wonder if any groomsmen would wear pink :P

Selain itu, beberapa fesyen lain turut akan mula pudar dan ditelenggami zaman bermula tahun hadapan. Antaranya adalah fesyen kardigan besar, stokin panjang paras betis, jogger pants, chocker dan beg bucket. Walaupun sesetengah fesyen adalah abadi dan kekal sepanjang zaman, namun terdapat beberapa trend utama tahun 2010 dijangka pudar dalam dekad yang akan datang untuk memberi laluan kepada penampilan baru yang segar.