Carian
Bagaimana Untuk Membelikan Minyak Wangi Untuk Seseorang – Ini 5 Tips Asas Sebelum Membeli
December 24, 2019 Lina Rosli

Bagaimana Untuk Membelikan Minyak Wangi Untuk Seseorang – Ini 5 Tips Asas Sebelum Membeli

Secara umumnya, membelikan minyak wangi untuk seseorang sebagai hadiah merupakan sebuah idea yang sangat baik. Hal ini kerana, ia menunjukkan bahawa mengetahui tentang diri mereka selain anda meletakkan dalam usaha untuk memberi hadiah. Tambahan pula, jika anda memberikan wangian yang betul dan bersesuaian dengan citarasa seseorang, sudah tentu ia akan menjadi salah satu hadiah yang paling bermakna.

selective focus photo of Valentino fragrance bottle

Dalam pada itu, minyak wangi juga memberikan gambaran yang mana anda sangat mengambil berat mengenai mereka lebih-lebih lagi personaliti dan minat mereka. Jadi, bagaimana anda mengelakkan memberi seseorang wangian yang mereka tidak suka?

Fokus kepada penampilan dan gaya hidup seseorang

Penampilan atau gaya seseorang dan pilihan wangian boleh dikatakan sangat berkait rapat. Hal ini kerana, ia digunakan untuk menggambarkan keperibadian seseorang, sama ada lembut atau berani; ceria atau bertenaga atau mana-mana ciri lain yang unik. Jadikan ia sebagai panduan untuk pemilihan wangian sebelum anda membelinya.

Pilih perfume berbanding eau de toilette

Jenis kulit, pengeluaran sebum, hormon dan keseimbangan pH kulit juga boleh mempengaruhi cara bau wangian. Faktor-faktor ini memainkan peranan peOleh itu, anda disarankan untuk memilih wangian yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi.

  • Ekstrak parfum: 20% -50% sebatian aromatik. 
  • Eau de parfum / Parfum de toilette: 10-30% sebatian aromatik. 
  • Eau de toilette: sebatian aromatik 5-20%. 
  • Eau de colon: 2-5% sebatian aromatik.

Kenali jenis-jenis minyak wangi; wangian buah-buahan atau vanila

Jika anda mempunyai keperibadian yang ceria, wangian yang buah-buahan dan segar sangat sesuai untuk digunakan. Manakala, jika rakan anda seorang yang mereka suka makanan pedas, anda mungkin boleh mencari wangian hadir dengan bau seperti kunyit atau lada merah atau jika seseorang yang suka berjalan atau mengembara, anda boleh wangian seperti bau teh hijau.

assorted glass fragrance bottles

Pilih set minyak wangi dengan bau yang pelbagai

Memberikan wangian yang tepat dan sesuai untuk rakan-rakan, keluarga atau rakan sekerja anda boleh menjadi sangat mencabar. Oleh itu, anda boleh dapatkan satu set minyak wangi kecil sebagai hadiah yang mana ia mempunyai pelbagai pilihan wangian yang berbeza. Ia bukan sahaja boleh digunakan mengikut kesesuaian mood malah ia juga membantu anda untuk mengenalpasti wangian pilihan seseorang.

Dapatkan minyak wangi yang popular dan tahan lama

Pilih wangian yang mempunyai bahan-bahan yang baik atau tahan lama selain mengambil berat dari segi pembungkusan yang boleh dikitar semula, boleh diguna semula atau biodegradasi. Anda juga boleh mendapatkan rakan anda pilihan minyak wangi yang sedang hangat di pasaran. Hal ini kerana, ia kemungkinan besar sesuai dengan gaya dan peribadi setiap orang yang mana wangiannya boleh diterima setiap lapisan masyarakat.

________________________________________________________________________

Wangian atau minyak wangi memberikan gambaran positif yang mana anda sangat mengambil berat mengenai mereka lebih-lebih lagi personaliti dan minat mereka. Oleh itu, anda perlu mengetahui perkara penting sebelum anda mula mencari hadiah untuk rakan anda. Selamat mencuba!

Komen