Lina Rosli Diterbitkan 24 December 2019

Produk Kecantikan Dan Solekan Pilihan Ramai Untuk Dekad Ini

Produk Kecantikan Dan Solekan Pilihan Ramai Untuk Dekad Ini

2009 – Celak Hitam Tebal

Pada era tutorial video di YouTube dan solekan di Instagram, gaya celak hitam tebal menjadi pilihan kebanyakan individu untuk tahun 2009. Antara seni celak yang tular termasuk celak cat-eye dan lukisan celak tepat. Untuk mendapatkannya, anda boleh menggunakan celak jenis cecair atau gel.

woman getting lips applied with lipstick

2011 – Krim BB

Walaupun terdapat banyak pilihan produk dalam garis kosmetik pada tahun 2011, dari bibir, pipi dan mata, namun produk paling epik sepanjang dekad ini adalah krim BB. Krim BB merupakan antara produk kedua terpantas berkembang pada tahun 2012. Sebagai hasil dari kejayaan krim BB, ia kini menjadi salah satu produk yang masih berpengaruh di seluruh dunia.

Picking up basic stuff like a BB cream is not a mindless job for some #womenaccessories#womenaccessoriestrends#antiwrinklecreams#wrinkleremediesface#womenaccessoriesnecklaces#womenhandbags#womenwatches #womenaccessories#casualwomenaccessories#bridalhairstyle#bridaldresses#weddings#bridalmakeup#weddingplanners

2012 –  Solekan Mata Gelap : Smokey Eyes

Solekan mata gelap ini menjadi sebuah fenomena apabila kebanyakan jenama kecantikan mengeluarkan eyeshadow palette dengan warna-warna gelap. Ia dipelopori oleh jenama solekan Urban Decan yang mengeluarkan  Naked Palette pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, ia tidak lagi dijual selepas 8 tahun pengeluaran solekan tersebut.

2014 – Contouring

Contouring atau kontur adalah seni dalam solekan yang mana pernah popular pada era 80-an. Namun, pada tahun 2014 ia dipopularkan semula oleh selebriti barat iaitu Kim Kardashian. Teknik ini dilakukan dengan cara menyolek muka mengikut tona kulit yang mana ia dilukis bagi menampakkan sudut muka yang lebih menarik. Dengan penempatan solekan gelap bersama cahaya yang rendah, ia menampilkan bayang-bayang secara semula jadi sementara tona solekan yang cerah membantu melantunkan cahaya.

person using smartphone

2015 – Solekan Penuh (Full face makeup)

Konsep solekan penuh atau full face makeup dicipta secara praktikal oleh Kylie Jenner, yang mana Jenner hadir dengan solekan penuh yang memaparkan gincu bibir matte, maskara bagi menyerlahkan bulu mata selain kening yang sempurna dan penggunaan highlighter dalam solekan yang menaikkan seri muka.

2017 – Produk Kecantikan Korea

Produk kecantikan korea (K-Beauty) dan amalan penjagaan kulit Korea menjadi satu fenomena untuk tahun 2017. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi sebahagian daripada pasaran kecantikan utama di Amerika Syarikat pada ketika itu. Sebagai contoh, Sephora mempunyai seksyen kecantikan untuk produk Korea. Sementara, Ulta pula mempunyai jabatan penjagaan kulit Korea. Manakala, Peach & Lily iaitu pengedar produk kecantikan Korea mempunyai kedai di Amerika Syarikat.

assorted labeled soft tube bottles

2018 – Lukisan Kening

Trend lukisan kening adalah salah satu solekan yang paling cepat berubah yang mana ia menentukan gaya untuk tahun tersebut. Dari kening yang halus pada tahun 90-an berubah kepada bentuk kening yang tebal dan bushy pada tahun 2018. Trend ini sememangnya menjadi sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mana ia digunakan oleh kebanyakan jurusolek dan para selebriti tempatan. Jika anda lihat, tutorial untuk solekan kening menjadi sangat tular di media sosial.

woman looking up

2019 – Glowing Skin

Untuk tahun 2019 pula, solekan penuh yang menggunakan foundation yang tebal tidak lagi menjadi pilihan kebanyakan individu di seluruh dunia. Hal ini kerana, solekan tersebut ditukar dengan gaya yang lebih segar yang mana menampakkan kulit lebih lembab, bersinar dan lebih hidrat. 

Trendy Skin Aesthetic Dewy Ideas #skin

Kesimpulan

Berikut adalah beberapa trend kosmetik yang paling berpengaruh sepanjang dekat. Ia berubah dari tahun ke tahun yang mana terdapat juga produk yang masih kekal menjadi pilihan ramai dan ada juga produk yang sudah tidak relevan untuk trend masa kini. Jadi, apakah gaya seterusnya yang menjadi pilihan kebanyakan individu untuk tahun 2020 akan datang? Marikan nantikan bersama-sama.