5 Trend Makanan Paling Overrated Pada Dekad Ini
Tahun 2019 sudah hampir di penghujungnya. Jika anda lihat dari tahun 2010 hingga 2019 terdapat banyak pilihan makanan dan minuman yang mendapat perhatian ramai. Namun, ada variasi makanan dan minuman yang patut kekal, ada juga makanan dan minuman yang perlu dihentikan. Sepanjang dekad ini juga, terdapat beberapa makanan dan minuman yang boleh dikatakan overrated atau berlebihan dan tidak perlu diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang.
Makanan Dengan Warna Pelangi (unicorn-style)
Anda mungkin pernah melihat trend makanan dengan warna pelangi yang tular di media sosial. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan dengan warna-warna yang sangat menarik. Namun, perkara yang paling mengecewakan dengan trend ini adalah rasanya yang tidak memuaskan. Tidak dinafikan bahawa sesetengah makanan ini mempunyai rasa yang lazat dan sedap, namun terdapat segelintir yang hanya rasa gula semata-mata. Jadi, di harap akan ada penambahbaikkan dalam penyediaan makanan dan minuman warna pelangi pada masa akan datang.
Arang Sebagai Menu Kesihatan
Selain unicorn food, makanan yang dibuat dengan arang turut menjadi trend di kebanyakan negara. Ia digunakan dengan meluas sejak kebelakangan ini, iaitu ais krim arang, roti burger arang, sandwich dan banyak lagi. Sesetengah orang berpendapat arang membantu membersihkan racun dalam badan. Namun, pakar tidak bersetuju yang mana mereka mengatakan bahan itu sebenarnya menyerap nutrien yang bermanfaat seperti kalsium dan kalium. Jadi, di harap trend tidak akan kekal pada tahun 2020 kelak.
Penggunaan Avocado Yang Berlebihan Dalam Menu
Tidak dinafikan bahawa Avocado adalah satu buah yang baik untuk kesihatan. Namun, sejak akhir-akhir ini hampir di semua restoran dan kafe meletakkan avocado di setiap baris menu. Penggunaan avocado ini dilihat agak overrated, terlalu mahal dengan rasa yang tidak masuk akal. Trend avocado ini tidak sepatutnya digunakan untuk semua jenis makanan, cukuplah disediakan dalam bentuk jus atau hidangan lain yang bersesuaian.
Ayam Goreng Pedas Ala Korea
Trend makanan pedas mula berkembang di Malaysia pada tahun 2017. Antara makanan yang menjadi tular adalah ayam goreng pedas Korea. Ia bagaikan satu gelombang yang mana hampir di semua kawasan di Malaysia hadir dengan masakan ini. Tidak kira sama ada di restoran Korea, kedai-kedai makanan seperti Secret Recipe, Dominos dan lain-lain turut menawarkan sos ayam pedas ini. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa makanan Korea tular yang lain termasuk samyang, sos gochujang, susu pisang dan rumpai laut kering.
Air Boba Sebagai Minuman Harian
Pada pertengahan tahun ini, teh boba menjadi sebuah fenomena besar yang mana pertumbuhan kedai boba bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ia bukan sahaja hadir di kedai-kedai minuman hipster malah ia juga dijual oleh beberapa peniaga kecil-kecilan. Penggemar bukan sahaja sanggup untuk beratur panjang demi secawan air boba malah sanggup mencuba setiap jenis jenama boba di pasaran. Trend ini tidak sepatutnya diteruskan pada tahun 2020 yang mana ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan gulanya yang tinggi.
________________________________________________________________________
Senarai di atas adalah trend makanan yang diharap tidak menjadi ikutan untuk tahun hadapan. 2020 pasti mempunyai banyak lagi trend yang menarik, jadi mari kita lihat pilihan makanan dan minuman yang boleh anda nantikan kelak.