Carian
Sudah Bertunang? Ini 7 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Selepas Itu
December 27, 2019 Lina Rosli

Sudah Bertunang? Ini 7 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Selepas Itu

Adakah anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan perancangan perkahwinan anda? Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda beberapa perkara yang anda boleh mulakan selepas tunang. 

two gold rings

Untuk membantu anda mengurangkan tekanan dalam mengurus dan mengatur persiapan perkahwinan, anda disarankan untuk menyediakan senarai barangan dan keperluan yang anda perlukan sewaktu majlis. Walau bagaimanapun, sebelum menyediakan senarai semak atau checklist, anda perlu melakukan 7 perkara ini:

Berkongsi kepada saudara dan kaum kerabat mengenai tarikh perkahwinan anda. Hal ini kerana, ia bagi memberitahu semua ahli keluarga dan individu terdekat tahu mengenai status anda. Bukan itu sahaja, perkongsian ini juga bertujuan untuk memastikan mereka dapat hadir ke majlis anda selain dapat membuat persiapan lain dengan lebih mudah.

Kira dan semak bilangan tetamu yang ingin dijemput ke majlis. Perkara ini sememangnya tidak boleh dipandang remeh yang mana ia memerlukan anda untuk melihat dan memastikan semua orang yang di senaraikan menerima jemputan. Lebih-lebih lagi jemputan VIP atau individu khas yang lain. Bukan itu sahaja, hal ini bertujuan bagi memastikan segala kelengkapan seperti makanan dan goodies cukup.

Mendapatkan pandangan daripada orang-orang yang lebih pengalaman. Pendapat dan pandangan ini bukan sahaja tertakluk kepada pemilihan baju, dewan, pelamin dan katering sahaja. Malah, ia juga berkenaan dengan perkara-perkara lain mengenai persiapan anda sebelum, sewaktu dan selepas majlis seperti maklumat mengenai pendaftaran perkahwinan atau keperluan yang perlu ada sebelum nikah.

Mulakan dengan mencari lokasi atau dewan perkahwinan. Ini adalah penting kerana sesudah anda menentukan tarikh untuk majlis, anda perlu memastikan lokasi atau dewan yang anda ingini masih tersedia. 

“If you’re thinking about hiring a wedding planner, engage them first before you even start looking at wedding venues. They’ll be able to suggest the best venues for your style, guest count, season and budget.” —Tzo Ai Ang, Ang Weddings & Events

Bersedia dari sudut perbelanjaan. Bagi mengelakkan anda merasa terbeban dengan belanja untuk persiapan majlis dan hantaran. Anda disarankan untuk mula mencari barang dan membuat tinjauan lebih awal. Dengan ini, ia dapat mengelakkan daripada kelam-kabut pada saat-saat akhir serta membantu anda mengurus belanja dengan lebih baik.

Lebih baik menyediakan dua belanjawan. Mengapa dua belanjawan? Ia bertujuan untuk membahagikan perbelanjaan besar untuk majlis dan juga perbelanjaan kecil untuk kelengkapan diri. Sebagai contoh, anda boleh mengasingkan belanja untuk katering, dewan, set persalinan dan pelamin dalam perbelanjaan pertama dan belanja untuk solekan, fotografer dan lain-lain dalam kelengkapan diri.

Untuk perancangan yang lebih praktikal, lantik perancang majlis atau wedding planner untuk majlis. Dengan adanya perancang majlis, ia dapat disusun dengan lebih teratur yang mana anda boleh menyusun senarai semak mengikut keperluan yang paling penting. 

________________________________________________________________________

Kesimpulannya, selepas bertunang adalah waktu yang penting untuk anda merancang persiapan perkahwinan. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan beban anda, malah ia turut boleh dijadikan sebagak praktis untuk anda menguruskan majlis dengan lebih teratur. Selamat mencuba!

Komen