Carian
5 Tempat Yang Anda Boleh Lawati Sempena Tahun Baru Di Sekitar Kuala Lumpur Dan Selangor
December 31, 2019 Lina Rosli

5 Tempat Yang Anda Boleh Lawati Sempena Tahun Baru Di Sekitar Kuala Lumpur Dan Selangor

Menjelang 12.00 malam ini, kita akan melangkah ke tahun dan dekad yang baru. Bagi anda yang ingin menyambut tahun baru bersama keluarga atau rakan-rakan, Tajria akan berkongsi tempat yang anda boleh lawati sempena tahun baru di Kuala Lumpur.

Taman KLCC. Ia terletak di tengah kota raya iaitu berdekatan dengan Pusat Membeli-belah Suria KLCC. Di sini, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api dan beberapa aktiviti lain seperti persembahan muzik luar dan dalam negara. Di tempat ini juga, anda dapat melihat keindahan cahaya lampu di sekitar taman dan Menara Berkembar Petronas.

lighted city building during nighttime
Taman KLCC
palm tree across space needle photo
Dataran Merdeka

Dataran Merdeka. Selain itu, anda juga boleh melawat Dataran Merdeka iaitu di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad. Di sana, anda dapat melihat bangunan ikonik di tengah dataran hijau yang luas selain tiang bendera Malaysia setinggi 95 meter. Bagi anda yang ingin kunjungi Dataran Merdeka, anda boleh melihat persembahan tradisional, kumpulan muzikal dan banyak lagi. 

i-City, Shah Alam. Jika anda di sekitar Shah Alam atau Klang, anda boleh mengunjungi bandar bercahaya ini. Untuk menyambut Tahun Baru, i-City menyajikan pelbagai pertunjukkan seperti bunga api dan persembahan muzikal pelbagai budaya. Bagi yang berminat, i-City turut menyediakan tiket beli satu percuma satu untuk melawat tempat menarik di taman tema tersebut selepas jam 12 malam.

Pesta LAMPU, Putrajaya. Untuk anda yang ingin menyambut tahun baru di luar Lembah Klang, anda boleh mengunjungi Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU). Di sini anda boleh melihat seni lampu menerusi penggunaan teknologi di Istana Kehakiman Putrajaya.

Pesta LAMPU, Putrajaya

Bukit Ampang. Apabila anda tiba di Bukit Ampang, anda boleh melihat dan menyaksikan keseluruhan kota raya Kuala Lumpur. Di sana, anda juga boleh menikmati hidangan sambil menonton bunga api di gerai-gerai berdekatan.

Bukit Ampang

Berikut adalah beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati untuk bersempena sambutan Tahun Baru 2020. Selamat melangkah ke tahun dan dekad yang baru. Semoga segala azam dan matlamat tahun baru anda dapat dicapai dengan jayanya. Selamat Tahun Baru!

Komen