Ikuti 5 Cara Turun Berat Badan Dengan Mudah Dan Sihat!
Pernah tak korang rasa berat badan sekarang dah melampau? Tapi rasa macam tak bersedia nak diet atau exercise lebih-lebih sebab takut tak mampu? Kita semua nak sihat, sampai satu tahap tu pasti kita rasa tekad nak berubah. Harini Tajria nak kongsi cara diet santai yang mudah tanpa korang tahan lapar! Diet ni memang sesuai sangat untuk korang yang baru nak berjinak-jinak amalkan cara hidup yang sihat. Lama-lama pasti akan terbiasa.
- Berhenti minum air manis
Gula ni kan pembunuh dalam senyap, hari-hari minum air manis, ini yang membuatkan perut korang buncit. Sebab apa? Kalori yang terkandung dalam air manis terlalu tinggi. Sebab tu, cuba latih diri untuk tinggalkan air manis. Semua air kegemaran korang macam Tealive, Chatime atau milo dinasour, mangga susu, dan kesemuanya! Untuk permulaan, air berkarbonat atau apa sahaja air manis dalam peti ais korang tu semua buang dahulu. Kalau tak mahu menjadikan satu pembaziran, sedekah sahaja kepada jiran sebelah atau kenalan korang. Semasa pergi makan tengahari dengan kawan pejabat, jangan mudah terpengaruh dan hanya pesan air kosong sahaja.
- Suku-suku separuh
Ini penting untuk korang kawal pemakanan setiap kali korang makan. Konsep suku-suku separuh ini senang sahaja, suku untuk karbohidrat (nasi, mee, bihun), suku untuk protein (ayam, daging), separuh untuk serat (sayur, buah). Nak lagi senang, pakai pinggan yang terbahagi kepada 3 bahagian masa makan. Pelbagaikan menu setiap hari supaya korang tak bosan dan ingat, kena betul-betul strict dalam pemakanan sebab kunci untuk turun berat adalah makanan 80%, senaman 20%.
- Tinggalkan pencuci mulut
Ya, kegemaran semua orang terutamanya wanita. Stress sahaja makan coklat, stress lagi turun cafe beli pula kek keju. Baiklah mulai sekarang, tinggalkan semua tabiat itu. Bahaya terlalu banyak makan pencuci mulut akan menambah lemak di badan sahaja dan tidak ada khasiat. Kalau korang bosan dan rasa ingin menguyah sesuatu sambil membuat kerja, cuba gantikan dengan kekacang. Contohnya, kacang badam yang dah dibakar atau boleh makan begitu sahaja. Sediakan di rumah dulu dan letak dalam bekas untuk kudapan masa dekat tempat kerja tu. Lebih sihat!
Sumber : Fancycrave Unsplash
- Berjalan kaki 10000 tapak sehari
Ni antara senaman paling senang untuk korang buat hari-hari. Lagi-lagi kalau korang bekerja dan menguruskan anak dalam waktu yang sama, memang sukar untuk cari masa sesuai kan? Selain pergi jogging, korang boleh jalan kaki 10000 tapak sehari untuk membantu korang berpeluh juga. Buat suri rumah, pusing sahaja satu pusat beli belah, asalkan capai 10000 tapak! Kalau yang menaiki LRT atau MRT, jangan guna escalator tetapi naik tangga. Percayalah memang berpeluh banyak.
Sumber : Unsplash
- Air masak
Siapa kata kalau nak kurus tak boleh minum air sejuk atau ais? Ada orang kata kalau minu ais nanti lemak jadi keras. Jangan tertipu dengan kenyataan ni, sebab semua ni hanya mitos sahaja. Lemak terkumpul dan keras tu sebab terlalu banyak kalori dalam badan korang sendiri. Masa diet ni, pastikan korang minum air yang cukup tau. Tapi awas jangan terlebih! Untuk tau berapa banyak air korang perlukan senang sahaja, untuk setiap 25kg=1 liter air. Contoh kalau korang berat 50kg, 2liter air sehari sudah cukup.
Sumber : Photo by rawpixel on Unsplash
Senang dan mudah kan? Diet sihat tanpa pil kurus yang bahaya ni memang perlukan sedikit masa. Paling penting, sentiasa kuatkan semangat. Jangan mudah terpedaya dengan nafsu atau berhenti separuh jalan ya. Tekad dalam diri untuk turun berat supaya badan sihat. Lepas korang ikut cara-cara di atas untuk masa yang lama, pasti ia tidak menjadi satu bebanan malah akan terbiasa. Semoga berjaya!