Aida Kamalia Diterbitkan 2 April 2019

Makanan Yang Mampu Banyakkan Susu Badan Atau Milk Booster

Kalau bercakap tentang maknan semasa berpantang, mesti ibu-ibu dan murung sebab kebanyakan lauk pantang  sangat bosan dan tiada rasa. Tapi korang harus ingat, pemakanan sangat penting untuk wanita yang berpantang, selain memberi tenaga untuk badan, apa yang dimakan sangat penting kerana ia akan membantu untuk banyakkan susu badan!

Sebagai ibu, mesti kita nak yang terbaik untuk anak kita, disebabkan itu sangat penting untuk ibu memakan makanan yang mampu banyakkan susu badan. Untuk ibu yang masih tidak berjaya untuk banyakkan susu badan, jangan mengalah dan cuba lagi petua atau tips yang Tajria akan kongsikan di bawah!

  • Kurma merah

Kurma merah ini sangat popular di kalangan wanita  kaum Cina semasa berpantang. Kebiasaanya, kurma merah ini akan dibuat sup atau teh, dicampur dengan buah goji berry atau pun longan. Buah kurma merah ini kaya dengan vitamin B serta mineral yang bagus untuk badan! Bukan sahaja kurma merah ini mampu untuk banyakkan susu badan, tapi banyak lagi kelebihan kurma merah ini antaranya ia mampu untuk menenangkan diri disebabkan stress, membolehkan korang tidur dengan lebih tenang dan banyak lagi.

  • Goji berry

Goji Berry buah yang bewarna merah dan saiznya yang kecil ini mempunyai rasa yang manis dan sedikit pahit. Goji berry ini sangat popular dicampur ke dalam teh bersama kurma merah, diminum semasa berpantang untuk menambah susu badan. Banyak lagi kelebihan goji berry ini, antaranya ia tinggi dengan antioksidan yang baik untuk melindungi mata, dan juga mampu untuk mencantikkan kulit kerana ia mempunyai beta-karotene.

  • Halba

Halba juga antara herba yang popular untuk banyakkan pengeluaran susu badan. Biasanya dicampur ke dalam bubur, sup atau pun boleh dibuat air. Disebabkan halba mempunyai flavonoid, ia membuatkan badan meningkatkan  pengeluaran susu. Rasa halba ini sedikit pahit, jadi korang haruslah ubah suai resepi yang sesuai dengan tekak ya! Nak lebih mudah, makan sahaja halba dalam bentuk pil atau tablet untuk elakkan rasa pahit tu.

  • Oat

Oat yang korang biasa makan semasa breakfast ini juga dapat meningkatkan susu badan tau! Ini kerana oat merupakan sumber yang bagus untuk iron, dimana kalau badan korang rendah sumber iron, ia akan membuatkan pengeluaran susu badan berkurang. Untuk oat ini, korang boleh jadikan ia sebagai sebagai overnight oat dengan meletakkan hirisan buah seperti strawberry, epal dan susu segar, kemudian simpan di dalam peti ais semalaman. Makan semasa breakfast dan korang juga boleh ubah suai resipi mengikut kesukaan!

  • Betik muda

Betik muda juga sangat mujarab untuk menambah susu badan. Korang jangan guna yang dah masak tu, ambil betik muda yang berwarna hijau. Untuk makan betik muda ini, korang boleh buat sup, atau air rebusan betik dicampur dengan gula batu serta kurma merah untuk rasa yang lebih sedap.

Untuk ibu-ibu yang rasa pengeluaran susu dah semakin kurang, boleh mula memakan makanan yang milkbooster seperti di atas ini. Senarai makanan milkbooster di atas ini mudah dijumpai dan korang boleh buat sendiri di rumah sahaja! Kalau nak lebih mudah dan tiada masa untuk membuat air, beli sahaja minuman atau makanan milkbooster yang mengandungi bahan di atas.