Aida Kamalia Diterbitkan 2 April 2019

Resepi Spaghetti Aglio Alio Yang Sangat Mudah

Resepi Spaghetti Aglio Alio Yang Sangat Mudah

Para ibu-ibu dan wanita di luar sana, hari ini Tajria ingin berkogsi satu resepi yang sangat mudah untuk dimasak! Nama spaghetti aglio olio pasti tidak asing lagi kan? Ianya sangat mudah untuk dimasak kerana hanya memerlukan bahan yang sedikit, bahan asas masakan ini hanya spaghetti, minyak, bawang putih dan protein. Kebiasaannya spaghetti aglio olio ini digandingkan bersama seafood seperti sotong, udang, kepah dan banyak lagi. Akan tetapi jika anda alah kepada seafood, boleh sahaja ubah resepi spaghatti aglio ini dan gantikan dengan ayam atau daging lembu. Sangat sesuai untuk dijadikan hidangan makan malam atau pun sarapan bersama keluarga. Jom lihat resepi dibawah!

Bahan-bahan :

  • ½ paket spaghetti
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu minyak zaitun
  • Sotong (dipotong)
  • Udang
  • Secubit cili flakes
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Garam
  • Sedikit serbuk parsley
  • Tomato ceri untuk hiasan
  1. Pertama sekali, rebuskan ½ paket spaghetti di dalam periuk dan masukkan sedikit garam dan minyak ke dalam rebusan spaghetti tersebut, toskan spaghetti sebaik sahaja ia sudah masak.
  2. Panaskan 5 sudu minyak zaitun di dalam kuali yang berlainan, setelah panas, masukkan bawang putih yang telah dicincang ke dalam kuali. Gaul hingga bawang naik bau, akan tetapi anda harus pastikan bawang putih tadi tidak hangit.
  3. Kemudian, masukkan bahan basah pilihan anda, boleh masukkan udang sotong, kepah atau ayam. Air akan keluar daripada seafood tadi, biarkan air kering dengan api yang perlahan.
  4. Setelah air seafood kering, masukkan spaghetti yang dah ditoskan tadi.
  5. Perasakan spaghetti anda dengan memasukkan garam, serbuk lada hitam, cili flakes dan serbuk parsley. Lebihkan cili flakes jika anda mahukan spaghetti yang lebih pedas.

Taburkan tomato ceri sebagai hiasan, dan spaghetti anda siap untuk dihidang!