Aida Kamalia Diterbitkan 2 April 2019

Make Up Look Yang Sesuai Untuk Setiap Acara 

Make Up Look Yang Sesuai Untuk Setiap Acara 

Untuk para wanita, memakai make up merupakan satu keperluan harian untuk kelihatan lebih menarik. Malah ia juga mampu menaikan keyakinan seseorang untuk berhadapan dengan orang ramai. Kelihatan menarik dan kemas sangat penting terutamanya kalau korang bekerja di bahagian hadapan yang memerlukan berjumpa dan berinteraksi dengan orang.

Tapi pernah tak korang rasa tiada idea atau insprasi untuk make up? Untuk ke pejabat, untuk kenduri, majlis makan malam syarikat pula, stress! Lagi parah kalau make up yang dipakai tidak sesuai dengan majlis. Bayangkan korang pergi kenduri kahwin kawan, tapi korang make up mengalahkan pengantin, orang tertumpu kepada make up korang!

Hari ini Tajria nak bagi inspirasi atau cadangan make up look untuk korang gayakan bersesuaian dengan majlis. Jom lihat di bawah!

  • Majlis makan malam

                                     Sumber : Pinterest

                                       Sumber :Pinterest

                                     Sumber : Pinterest

Untuk majlis makan malam seperti dinner company, korang boleh pakai make up look yang smokey, gelap dan garang, ini kerana acara dijalankan pada waktu malam. Oleh itu make up korang haruslah bold untuk nampak lebih cantik! Untuk lebih menarik, korang boleh gunakan eyeshadow glitter untuk mata yang lebih mengancam serta jangan lupa  tumpukan kepada highlighter di atas tulang pipi Elakkan memakai make up yang natural kerana ia mampu untuk tenggelamkan wajah korang pada waktu malam.

  • Ke pejabat

                                              Sumber : Pinterest

                                         Sumber : Pinterest

Untuk make up hari-hari ke pejabat pula, korang harus memilih make up look yang cepat dan tidak memerlukan banyak masa. Make up ke pejabat seharusnya menampakkan korang lebih segar dan ceria. Pada masa yang sama juga, nampak lebih natural dan tidak keterlaluan. Make up yang nude sangat sesuai untuk korang cuba. Pilih warna seperti warna coklat cair serta krim untuk gayakan nude make up yang cantik. Akan tetapi, walaupun korang  tidak memakai eyeshadow, hanya dengan winged eyeliner akan menaikkan seri muka korang!

  • Hari minggu

                                                Sumber : Pinterest

                                               Sumber : Pinterest

Hari minggu pula sesuai korang pakai make up yang ceria, dan sedikit bold semasa berkumpul dengan keluarga tersayang. Pemilihan warna seperti oren, jingga juga dapat menaikkan seri muka korang. Apabila hujung minggu, korang boleh eksperimen dengan eyeshadow yang berlainan! Matte make up look atau glowy make up look, keduanya sesuai untuk dipakai semasa hujung minggu. Untuk lebih menyerlah, cuba pakai warna lipstick yang agak gelap seperti merah gelap atau coklat!

  • Majlis siang

                                                    Sumber : Pinterest

                                                    Sumber : Pinterest

Make up look yang sesuai untuk majlis siang pula, korang boleh memakai eyeshadow yang lebih berat daripada biasa, akan tetapi tidak terlalu gelap. Kemudian, padankan dengan lipstick warna nude. Untuk majlis siang ini, elakkan memakai mata yang smokey, ini kerana cahaya yang terang, akan membuatkan mata anda lebam. Warna seperti gold shimmer dan chocolate shimmer merupakan warna yang terbaik untuk look ini.

Semua cadangan dan insipirasi make up  yang Tajria beri di atas, semuanya sangat sesuai dengan warna kulit orang Malaysia. Yang cerah, medium dan tan mengikut warna kulit kebanyakan orang di Malaysia. Pemilihan warna foundation juga sangat penting, dan jangan sesekali korang memakai foundation yang jauh lebih cerah daripada kulit korang. Tak cantik dan akan nampak kelabu! Kalau make up korang tak sama macam gambar, tak mengapa teruskan usaha dan praktis lagi! Banyakkan tengok video make up tutorial dan ikut steps sama seperti dalam video.