Mungkin ramai sudah tau dan faham akan disleksia, iaitu masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang menyebabkan individu ini sukar untuk menulis, membaca malah sukar untuk menerima arahan. Adakah masalah ini hanya dihadapi oleh golongan kanak-kanak sahaja? Ini antara soalan yang mungkin berada di fikiran semua. Kebiasaannya, mereka mengalami masalah disleksia ini dari kecil lagi, akan tetapi agak sukar untuk ibu-bapa mengesan simptom disleksia kerana simptom yang ditunjukkan oleh kanak-kanak disleksia berbeza. Jadi ia mungkin membuatkan ibu-bapa lewat untuk mengesan masalah ini pada anak mereka sehingga anak mereka meningkat usia.
Jom kenali lebih dalam tentang disleksia!
Apa Itu Disleksia?
Disleksia adalah kesukaran membaca, menulis, mendengar dan bercakap kerana masalah untuk mengenal pasti bunyi perkataan dan bagaimana untuk menghubungkan huruf dan perkataan. Ini menyebabkan individu yang mengalami disleksia tidak mampu untuk mengikuti proses pembelajaran sama seperti rakan mereka yang lain. Disleksia bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk meyembuhnya. Namun, dengan bimbingan dan sokongan mental seperti tutor pada peringkat awal lagi, mereka mampu untuk belajar seperti rakan mereka yang lain.
Simptom-simptom
Agak sukar untuk mengenali tanda-tanda dileksia terhadapa kanak-kanal kecil sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Namun jika diberi perhatian yang lebih teliti, ibu-bapa mungkin boleh mengesan masalah disleksia pada anak mereka. Apabila anak anda mula bersekolah, kanak-kanak disleksia lebih cenderung untuk menunjukkan simptom-simptom yang lebih ketara.
Umur bawah 7 tahun :
Umur atas 6-11 tahun
Apa yang harus dilakukan?
Jika ibu-bapa dapat mengesan simptom-simpton ini pada anak anda, segera bertindak dengan cepat. Kanak-kanak disleksia memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih dalam pelajaran, dan jika anda lambat mengesan simptom ini, kemungkinan peluang untuk baik agak sukar dan lambat jika sudah meningkat dewasa. Sokongan moral juga sangat penting agar mereka mempunyai semangat untuk belajar dan menjadi lebih baik. Ibu-bapa juga haruslah bersabar, ini kerana rawatan untuk pulih dari disleksia agak lama untuk sembuh sebelum mereka dapat belajar seperti rakan yang lain.
Rujukan :