Aida Kamalia Diterbitkan 8 April 2019

Jenis-Jenis Ovarian Cyst Anda Perlu Tahu! 

Jenis-Jenis Ovarian Cyst Anda Perlu Tahu! 

Apa itu ovarian cyst ini? Ovarian cyst adalah satu kantung yang mengandungi cecair lendir atau air di dalam kilang telur wanita. Telur yang matang dalam ovari akan dilepaskan pada waktu tertentu. Ramai wanita mempunyai cyst ini secara tidak sedar, ini kerana ia akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan. Akan tetapi, ada beberapa jenis cyst yang bahaya, dimana mungkin wanita terpaksa mengorbankan satu ovari di dalam badan supaya cyst dibuang sepenuhnya. Hari ini kita lihat jenis-jenis cyst yang ada dan apa tanda-tandanya! 

JENIS-JENIS CYST

  • FUNCTIONAL CYST

Ovari di dalam badan wanita mempunyai folikel, di mana ia menghasilkan hormon wanita iaitu estrogen dan prgesteron serta folikel akan melepaskan telur ketika ovulasi apabila telur sudah matang.

Jika folikel di dalam ovari semakin kembang, ia dipanggil functional cyst. Terdapat 2 jenis functional cyst iaitu :

  • FOLLICULAR CYST

Semasa kitaran haid, folikel akan melepaskan telur yang matang dan telur akan pergi ke tiub fallopian. Akan tetapi, follicular cyst ini terjadi apabila folikel tidak pecah dan semakin mengembang.

  • CORPUS LUTEUM CYST

Semasa folikel melepaskan telur, folikel akan mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron. Pada ketika ini, ada kemungkinan untuk cecair berkumpul di dalam folikel, di mana menyebabkan korpus luteum ini tumbuh cyst.

Untuk ketiga-tiga jenis cyst ini, ia tidak merbahaya di mana ia akan berkurang dan hilang dengan sendiri tanpa rawatan.

  • ENDOMETRIOMA

Cyst ini pula terbentuk apabila endometrium tumbuh di luar uterus wanita dan kadangkala sel ini boleh melekat di rahim seterusnya menjadi ketumbuhan. Besar kemungkinan wanita yang mempunyai endometrioma ini akan mengalami masalah kesuburan pada masa akan datang.

  • CYSTADENOMAS

Cyst ini terjadi apabila permukaan ovari dipenuhi dengan cecair atau pun lendir.

  • DERMOID CYST

Di dalam cyst ini boleh mengandungi tisu, rambut, kulit atau gigi kerana ia terdiri daripada sel embrionik.

Jika wanita menghadapi antara tiga cyst di atas, kemungkinan besar ia perlu dibedah untuk buang cyst di dalam rahim. Namun untuk mengetahui jika kita mempunyai cyst atau pun tidak agak sukar melainkan berjumpa doktor untuk analisis. Ini kerana cyst ini tidak memberi rasa sakit atau ketidakselesaan kepada diri. Jadi jika korang merasakan kitaran haid tidak teratur dan berbeza dari orang lain, perit senggugut yang luar biasa, lebih baik korang pergi berjumpa dengan doktor ya!

 

 

Rujukan : Mayo Clinic