Terdapat beberapa buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang boleh dicampur bersama  air untuk menyokong detoksifikasi (detoxification). Setiap komponen mempunyai komponen tertentu yang membantu detoksifikasi ketika membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah penyakit kronik. Sebelum membuat minuman detox sendiri, mari kita mengenali manfaat dan menggabungkan bahan-bahan yang disesuaikan untuk keperluan anda.

1. Tembikai

Buah tembikai mempunyai kalori yang rendah dan membantu menghidratkan badan. Ia mengandungi vitamin A dan vitamin B serta sejumlah besar lycopene yang berfungsi sebagai ejen antioksidan. Menurut kajian, lycopene memainkan peranan dalam pencegahan penyakit kronik dan boleh mencegah osteoporosis, penyakit kardiovaskular dan darah tinggi (hypertension). Tembikai juga menyediakan kalium dan magnesium, yang penting untuk detoksifikasi dan menguruskan aliran darah dan tahap penghidratan dalam badan.

2. Lemon atau Limau

Lemon atau limau sememangnya sinonim dengan penghasilan air detox. Lemon mengandungi asid asorbik yang membantu sistem percernaan dan melancarkan sistem imunisasi. Vitamin C pada lemon membantu kulit kelihatan lebih segar, manakala pectin dalam lemon dapat membantu mengurangkan berat badan. Meletakkan limau untuk minuman detoks dapat menyediakan vitamin C dan antioksidan. Ia mampu meningkatkan prestasi fizikal, meningkatkan sistem imun dan melawan kerosakan radikal bebas.

3. Timun

Timun adalah diuretik, yang mampu menghilangkan toksin tubuh dan mengelakkan pengekalan air.

4. Berri (Strawberi, Raspberi)

Seperti tembikai dan lemon, Strawberi dapat membantu tubuh untuk mengeluarkan zat sisa makanan menjadi lebih mudah. Serat ini yang sangat penting untuk meminimalkan masalah sembelit dan melancarkan sistem pencernaan. Seterusnya, berri akan menjadikan kulit lebih halus selain membuang sel-sel kulit mati. Untuk mendapatkan manfaat lebih, kisar dan campurkan berri ini dengan susu dan minyak zaitun. Selain menjadi lebih halus, kulit pun akan tampak lebih cerah.

5. Pudina (Mint)

Salah satu ejen antioksidan dengan nilai tertinggi ialah daun pudina. Ia mampu meningkatkan aliran hempedu melalui perut dan mempercepatkan proses pencernaan, membantu untuk membuang toksik dalam badan. Ia juga mempunyai sifat anti-mikrobakteria dan boleh digunakan untuk menyokong kesihatan mulut.

6. Halia dan Kunyit

Halia amat bagus dalam membantu menghangatkan badan untuk memecahkan pengumpulan toksin dalam organ. Ia turut bertindak sebagai agen antioksidan yang berfungsi dalam membantu pencernaan, selain membantu melegakan masalah kembung perut, sembelit dan gastrik. Manakala, kunyit membantu mengimbangi tahap kolesterol. Ia menghalang pengoksidaan kolesterol, yang boleh merosakkan saluran darah, selain menurunkan tekanan darah tinggi.

7. Cuka Epal

Minuman detox cuka epal dapat meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan proses penurunan berat badan. Ia mengandungi asid organik yang dipanggil asid asetik, yang telah menunjukkan peningkatan metabolisma, selain membantu mengimbangi pH badan anda dan menggalakkan rangsangan kardiovaskular.

Lihat profil
Lina Rosli

910 artikel di Tajria.