Carian
Hilangkan Bau Badan Yang Busuk Dengan Cara Ini
April 9, 2019 Aida Kamalia

Hilangkan Bau Badan Yang Busuk Dengan Cara Ini

Bau badan yang busuk ini sering kali menjadi sesuatu yang memalukan. Ada orang sampai hilang keyakinan disebabkan bau badan ni. Lebih teruk lagi, kalau dalam kereta bau tu terperap, sampai kawan korang pun kena tutup hidung tahan nafas. Pakai deodorant banyak-banyak pun, masih aada bau juga. Apa puncanya?

Sebenarnya, bau badan disebabkan oleh bakteria yang memecahkan peluh di kelenjar apokrin. Kelenjar ini terdapat di ketiak, peha, kulit, kelopak mata dan sebagainya. Peluh yang dihasilkan tinggi dalam protein, menyebabkan ia berbau busuk. Antara faktor badan berbau busuk ni adalah suka makanan berempah, suka makan pedas, minum alkohol dan juga stress. Harini  Tajria ada tips untuk korang cuba, supaya dapat selamatkan diri korang daripada masalah ni!

  • Kurangkan makanan berempah dan pedas

Apabila korang kerap makan makanan pedas, badan akan lebih berpeluh. Disebabkan peluh yang banyak, lebih banyak bakteria dan menghasilkan bau yang busuk. Disebabkan itu, cuba tinggalkan makanan pedas untuk seketika. Memang susah nak tinggalkan makanan pedas, lagi-lagi kalau hantu cili. Tapi nak hilangkan bau badan, kena berkorban sikit ya.

 

  • Pakai deodorant crystal 
 Sumber : TOTAL IMAGE

              

Ini antara deodorant kristal yang diperbuat daripada garam mineral semulajadi yang mana boleh menghalang pertumbuhan bakteria. Sekaligus menghalang bau badan korang menjadi busuk. Smelly-No-More ini datang dengan berbentuk batu kristal seperti ini, dan juga dalam bentuk spray. Selain guna untuk ketiak, boleh juga guna untuk tapak  kaki dan celah peha. Lebih menarik lagi, deodorant ini tanpa alkohol, jadi sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif

  • Pakai limau nipis

                                                  

Ini untuk orang yang suka guna petua-petua lama. Tak salah untuk mencuba kan. Caranya, korang ambil sahaja limau nipis dan potong setengah. Semasa mandi, ambil limau nipis tadi dan gosokkan di ketiak, biarkan untuk seketika, kemudian baru basuh. Buat petua ini 4-5 kali seminggu untuk nampak hasilnya. Berhati-hati jika korang rasa pedih yang teramat, berhenti menggunakan cara ini, kerana ia menandakan kulit anda sensitif.

  • Alpha hydroxy acids 
Sumber : The Ordinary

Alpha Hydroxy Acids atau AHA, biasanya digunakan di muka untuk menghilangkan kesan jerawat, jerawat pasir ini juga boleh digantikan sebagai deodorant! Tips ini menjadi perhatian pada tahun lalu kerana ia dikatakan akan membuat ketiak korang tidak berbau sepanjang 24 jam. Korang boleh cuba Lactic Acid dari The Ordinary pada permulaan kerana kandungannya tidak terlalu kuat. Tapi, acids AHA tidak bertindak sebagai anti peluh kerana ia tidak mengandungi garam aluminium yang dapat mengurangkan peluh. Korang boleh cuba untuk pakai

  • Jaga kebersihan badan 

Jaga kebersihan badan korang sepanjang masa untuk elakkan badan berbau. Mandi 2 kali sehari dengan menggunakan sponge loofah, sental badan korang dan ketiak untuk buang kulit mati. Selain itu, pastikan bulu ketiak sentiasa pendek ya. Cukurlah bila dah panjang. Bulu ketiak panjang ni juga menyebabkan badan korang berbau busuk dan jangan lupa spray minyak wangi sebelum keluar rumah.

Bau badan boleh menjadi satu ketidakselesaan terhadap orang sekeliling. Jadi kita kena jaga bau badan kita supaya tidak menyeksa  orang tahan nafas setiap masa ya. Kalau orang ada kawan yang bau badannya busuk, janganlah tinggalkan kawan tu. Apa kata bagi dia hadiah deodorant yang Tajria suggest di atas? Jangan putus kawan pula! Pastikan badan sentiasa wangi, baru lah orang suka dengan kita.

 

Komen