Carian
Gusar Dengan Jerawat Belakang Badan? Guna Cara Ini 
April 9, 2019 Aida Kamalia

Gusar Dengan Jerawat Belakang Badan? Guna Cara Ini 

Pernah tak korang mengalami jerawat di belakang badan? Tiba-tiba rasa pedih belakang badan, rupanya ada jerawat. Sebenarnya jerawat belakang badan ini normal, sama seperti jerawat di muka, jerawat belakang badan terjadi kerana pori yang tersumbat disebabkan kulit mengeluarkan lebihan minyak, seterusnya membuatkan pori tersumbat. Walaupun jerawat belakang badan tidak begitu serius, sedikit sebanyak dapat menurunkan keyakinan seseorang. Pasti berasa segan dan malu untuk memakai baju tanpa lengan atau pun gaun. Hari ini Tajria akan berkongsi tips dan cara untuk menghilangkan jerawat belakang badan dengan mudah dan berkesan!

Mandi dengan sabun anti-bakteria 

Kalau sebelum ni korang mandi menggunakan sabun badan biasa, cuba tukar ke sabun badan anti bakteria semasa mandi. Seperti namanya, sabun badan anti-bakteria ini mampu mengurangkan jerawat di badan kerana mempunyai kandungan yang khusus untuk menghilangkan jerawat. Antara bahan yang korang boleh cari di dalam sabun badan adalah Tea Tree, Benzoyl Peroxide, Salicylic Acid atau AHA. Namun, jika korang pakai sabun badan anti-bakteria ini dan berasa ia membuatkan kulit badan korang menjadi sangat kering, tukar ke sabun yang lebih gentle dan elakkan sabun badan yang mempunyai SLS dan SLES.

Sumber : Watsons Malaysia 

Letak ubat jerawat 

Jerawat di belakang badan juga perlu dirawat tau, jangan biarkan begitu sahaja. Untuk merawat jerawat belakang badan ini sama seperti merawat jerawat di muka. Cari ubat jerawat yang sesuai dengan kulit korang dan tidak memberikan reaksi yang lebih teruk. Cari ubat jerawat yang mempunyai bahan seperti Benzoyl Peroxide, Salicylic Acid, Sulfur atau Tea Tree dan letak ubat jerawat hanya di jerawat sahaja pada setiap malam. Lakukan setiap malam sehingga jerawat di belakang badan semakin surut.

Sumber : Mario Badescu Skin Care

       

Rendam dengan garam epsom 

Garam epsom sememangnya mempunyai pelbagai khasiat bukan sahaja untuk manusia, malah ia juga dapat memberi manfaat ke pokok! Antara salah satu kebaikan garam epsom, ia dapat menghilangkan jerawat di badan dengan mengurangkan radangan serta bengkak. Selain itu juga, garam epsom dapat membuang sel kulit mati di kulit serta dapat menghalang pori-pori tersumbat. Cara untuk menggunakan garam epsom ini sangat mudah, masukkan 2 cawan garam epsom ke tab mandi, dan rendam di dalam tab selama 15-20 minit.

Sumber : Watsons Malaysia 

Tukar cadar katil 

Menukar cadar katil sangat penting untuk menjaga kebersihan serta untuk menghalang terjadinya jerawat di badan. Kalau korang tidur setiap malam di cadar yang sama, pasti terdapat banyak bakteria terkumpul di cadar. Apabila kulit dan cadar yang penuh bakteria sering bertemu, tidak mustahil untuk bakteria jangkit ke kulit seterusnya memudahkan jerawat untuk muncul. Disarankan untuk korang menukar cadar setiap 1 atau 2 minggu, sama seperti selimut, dan juga sarung bantal.

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk minum air yang cukup mengikut berat badan korang iaitu setiap 25kg : 1liter. Sebagai contoh berat badan 50kg, sebanyak 2 liter air diperlukan setiap hari supaya badan sentiasa hidrat, seterusnya mempercepatkan proses menghilangkan jerawat. Yang paling penting, korang haruslah konsisten mengikuti semua tips-tips di atas, jangan pula buat sekali dan terus berhenti kerana tak nampak kesan yang bagus. Jika terlalu teruk, jangan lupa berjumpa ke doktor!

Komen