Carian
Panduan Menghasilkan Smoothie Yang Sihat
April 10, 2019 Min Ahmad

Panduan Menghasilkan Smoothie Yang Sihat

Semakin ramai yang mempunyai kesedaran tentang kesihatan dan membuat pilihan untuk memilih makanan yang sihat. Namun, gaya hidup masa kini yang “on-the-go” menyebabkan ramai yang inginkan pilihan yang bukan sahaja sihat tetapi juga mudah dan cepat. Smoothie adalah salah satu alternatif untuk makanan bernutrien yang memenuhi keperluan ini.

Walaubagaimanapun, tidak kesemua pilihan smoothie yang ada di pasaran murah, sihat dan dan seimbang. Tak perlu khuatir, anda boleh membuat smoothie sendiri di rumah pada kos yang lebih murah. Berikut adalah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat smoothie yang sihat dan seimbang:

  • Protein dan karbohidrat: Tofu, yogurt, kekacang, mentega kekacang, bijirin atau kekacang yang sudah dimasak (endamame, barli, quinoa, kacang merah, kacang hitam), puri labu
  • Cecair: Air, air kelapa, susu lembu/ kambing, susu bijirin (oat, barli, beras), susu kekacang (badam, hazel, pistachio, gajus), santan kelapa, teh hijau, jus sayuran atau buah-buahan
  • Buah-buahan: Pisang, mangga, pic, epal, beri (strawberi, blueberi, blackberi, raspberi), buahan kering (aprikot, kranberi, kurma, prun), fig, pitaya, markisa, ceri, kiwi, oren, tembikai
  • Sayuran: Lobak merah, tomato, ubi bit
  • Sayuran hijau: Baby spinach, kale, timun, pelbagai pilihan salad
  • Bijirin dan serat: Chia, flax, oat, granola, muesli, psyllium
  • Herba: Basil, pudina, parsli, ketumbar, kunyit, halia
  • Pemanis semulajadi: Madu, sirap maple, sirap agave
  • Penambah rasa: Serbuk koko, serbuk kulit kayu manis, serbuk buah pala, coklat dicincang kasar, serbuk matcha, serbuk alfafa, serbuk wheatgrass

Smoothie boleh dihidangkan dua cara, iaitu:

Bowl: Smoothie bowl banyak menggunakan bahan berasaskan protein. Ia lebih pekat seakan-akan bubur kerana mengandungi kandungan cecair yang kurang. Ia hidangkan bersama buah-buahan, bijirin, pemanis serta penambah perisa yang lain. Ia boleh diambil sebagai snek, sarapan pagi mahupun makan malam, bergantung kepada bahan yang digunakan.

Minuman: Bahan-bahan yang digunakan dikisar halus. Ia lebih cair berbanding smoothie bowl kerana kandungan cecair yang banyak yang membolehkan ia diminum. Mudah untuk dibawa dan dinikmati di mana-mana sahaja.

Lepas ni bolehlah anda cuba membuat smoothie sendiri di rumah!

Komen