Perlu Atau Tidak Sewa Portable Wifi Semasa Bercuti?
Pada zaman sekarang mempunyai sambungan internet yang bagus sudah menjadi satu keperluan hidup, kan? Tidak kurang pentingnya sambungan internet apabila anda bercuti di negara luar untuk membantu anda sepanjang percutian. Sebagai contoh, untuk mencari jalan ke setiap destinasi yang dituju, mencari makanan halal di sekitar anda, mencari stesyen minyak terdekat dan sebagainya. Jika kita mempunyai sambungan internet yang baik, pasti ia akan mengurangkan risiko untuk sesat semasa bercuti.
Mana satu pilihan anda? Sewa portable wifi atau pun roaming sahaja data? Kalau diikutkan, roaming data memerlukan kos yang agak tinggi, terutamanya jika anda bercuti panjang.
Hari ini Tajria akan kongsikan kelebihan memakai portable wifi semasa bercuti!
Murah
Jika anda bandingkan harga menyewa portable wifi dengan roaming data anda, ianya jauh lebih murah. Kebanyakan syarikat telco meletakkan harga roaming berdasarkan negara yang anda akan tuju. Sebagai contoh, jika anda ke Korea dengan mengaktifkan roaming syarikat telco C*****, ianya RM 38 untuk sehari. Maka jika anda bercuti untuk 7 hari, jumlah harga yang anda perlu bayar adalah RM266!
Manakala harga untuk menyewa portable wifi ke Korea pula, adalah RM12 sehari bergantung pada syarikat portable wifi yang anda pilih. Jumlah perlu dibayar hanya RM84 untuk 7 hari. Murah kan?
Boleh digunakan maksimum 5 orang
Apa yang lebih menyeronokkan, kebanyakan syarikat portable wifi menawarkan penggunaan wifi lebih dari seorang dalam satu masa. Jadi anda boleh berkongsi menggunakan portable wifi bersama rakan atau ahli keluarga maksimum 5 orang semasa bercuti. Jika anda bercuti bersama rakan-rakan, sekaligus ini akan mengurangkan kos menyewa portable wifi.
Perkhidmatan ambil dan pulang 24 jam

Ada syarikat portable wifi yang menawarkan servis yang mengagumkan, iaitu anda boleh mengambil portable wifi serta pulang semula 24jam sehari. Jadi usah risau jika penerbangan anda pada awal pagi atau tengah malam, anda boleh sahaja ambil dan pulang portable wifi pada bila-bila masa!
Tempahan secara online
Pada zaman sekarang, segala pembayaran, tempahan hanya dibuat melalui internet sahaja untuk memudahkan pengguna. Anda hanya perlu memilih syarikat portable wifi pilihan anda, isi borang peribadi dan lakukan pembayaran pada waktu yang sama. Sangat mudah!
Pulang melalui kurier
Bagi anda yang mempunyai masa yang terhad sebaik sahaja pulang di tanah air, anda bol eh memulangkan portable wifi pada hari keesokannya. Caranya anda hanya perlu pulangkan melalui kurier pilihan anda seperti Poslaju. Jadi ada tidak perlu terburu-buru untuk memulangkan portable wifi. Lebih-lebih lagi jika ada orang yang sudah menunggu di pintu masuk lapangan terbang.
Tak tahu mana nak cari portable wifi di Malaysia? Lihat dibawah ini!
Konklusinya, portable wifi sangat membantu melancarkan percutian anda sekeluarga. Setiap syarikat portable wifi yang tertera di atas menawarkan harga yang berb eza-beza mengikut negara. Malah pada waktu tertentu pasti akan ada promosi potongan harga. Jadi rajinkan diri untuk buat kajian untuk memilih portable wifi yang tepat!