Carian
Ketahui Jenis-Jenis Bra Dan Fungsinya
April 11, 2019 Aida Kamalia

Ketahui Jenis-Jenis Bra Dan Fungsinya

Bra yang berkualiti tinggi sangat penting untuk menyokong payudara wanita malah akan memberikan keyakinan kepada si pemakai. Pada zaman sekarang ini sudah terdapat pelbagai jenis bra dan ia mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Dari muda remaja  haruslah diajar memakai bra yang betul oleh ibu-bapa terutamanya kanak-kanak yang meningkat dewasa supaya payudara mereka sentiasa mendapat sokongan yang baik. Tau tak apa fungsi jenis-jenis bra yang Tajria nak kongsi ni?

Kalau nak pergi bersukan ada bra khas, nak pergi majlis makan malam pun ada khas juga tau!

Push up bra

Sumber : Triumph Malaysia

                              

Kalau korang memakai bra push up pasti akan rasa seksi kan? Ya ini kerana seperti namanya juga, bra push up ini akan menaikkan payudara serta menolak payudara ke tengah supaya nampak lebih seksi dan wow! Ia mempunyai padding atau silikon didalamnya untuk menyerlahkan lagi belahan payudara. Korang boleh pakai bra push up untuk pergi ke makan malam istimewa atau untuk bersama dengan suami tersayang.

Stick on bra

    Sumber : Triumph Malaysia

               

Biasanya wanita akan pakai bra stick on apabila ingin memakai dress seksi sama ada di bahagian hadapan atau di bahagian belakang. Ini kerana bra ini tidak mempunyai sebarang tali dan ia diperbuat daripada silikon untuk lebih melekat di kulit.Jadi kalau anda memakai gaun malam yang seksi, tak akan nampak sebarang tali!

T-shirt bra

Sumber : Triumph Malaysia

                 

Kalau bra untuk  dipakai hari-hari, pasti anda mahukan bra yang selesa kan? Sebab itu T-shirt bra ini memang dikhaskan untuk korang pakai dengan selesa, lebih-lebih lagi kalau di rumah, yang mana memerlukan sokongan yang baik dan selesa untuk buat kerja rumah kan. Bukan sahaja di rumah, bra ini juga sangat digalakkan untuk pakai ketika bercuti supaya dapat berjalan dengan selesa.

Full cup bra

Sumber : Xixili Malaysia

                               

Full cup bra ini dicipta khas untuk wanita yang mempunyai payudara yang besar. Ini kerana payudara yang besar perlukan sokongan yang lebih berbanding payudara kecil. Bra full cup ni biasanya menutup kesemua payudara dengan lebih selamat.

Nursing bra

Sumber : XIXILI MALAYSIA

                          

Kalau mempunyai bayi kecil yang masih  menyusu, haruslah memakai bra yang nursing friendly untuk memudahkan kerja menyusukan bayi. Lebih-lebih lagi jika pergi di tempat awam. Nursing bra ini dicipta khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini kerana ia mempunyai cangkuk yang boleh dibuka di bahagian hadapan untuk memudahkan ibu meyusukan anak mereka.

Sport bra

Sumber : XIXILI MALAYSIA

                         

Sport bra ini direka  untuk mengurangkan impak payudara bergoyang dan bergegar ketika bersukan. Ini kerana kalau korang pakai bra biasa, mesti rasa bergegar sampai diri sendiri pun rasa tak selesa kan. Sebab tu kalau pakai sport bra, korang akan rasa lebih yakin untuk bersenam kerana ia mampu menyokong payudara dan tidak membuatkan payudara bergegar dan melantun.

Ternyata memang banyak jenis bra dan fungsi mengikut keperluan seseorang. Jangan salah memakai bra pula lebih-lebih lagi pada acara tertentu. Yang penting, ikut keselesaan diri sendiri. Baru nampak lebih berkeyakinan jika memakai bra yang betul kan!

Komen