Carian
Tips Hilangkan Stretchmark Semasa Mengandung
April 11, 2019 Aida Kamalia

Tips Hilangkan Stretchmark Semasa Mengandung

Apabila seseorang mendapat tahu dirinya mengandung, pasti ianya merupakan antara saat terindah terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin. Fasa kehamilan yang akan dilalui oleh pasangan suami isteri  melibatkan pelbagai perubahan baru dalam kehidupan. Namun sepanjang fasa kehamilan ini, wanita pasti akan mengalami masalah ini iaitu stretch mark. Apa stretch mark ini sebenarnya?

                                                              

Stretch mark adalah satu perkara yang biasa dialami oleh wanita yang mengandung, ini kerana terjadinya  regangan kulit yang berlaku semasa kehamilan. Oleh kerana peningkatan berat badan yang mendadak serta perubahan hormon semasa mengandung, kulit meregang diluar keupayaannya sehingga meniggalkan kesan, iaitu stretch mark. Walaubagaimanapun, stretch mark tidak memberi kesan buruk kepada kandungan atau ibu yang mengandung, namun sedikit sebanyak memberi tekanan kepada ibu kerana kesan stretch mark yang terdapat di perut, peha serta di lengan.

Macam mana nak elakkan stretch mark terjadi? Stretch mark lebih bagus dirawat dari awal kehamilan, pada saat belum terjadi stretch mark supaya tidak menjadi lebih teruk. Hari ini Tajria akan berkongsi apa yang anda harus lakukan untuk mengelakkan stretch mark semasa mengandung.

Kawal berat badan 

Pertama sekali yang anda kena buat untuk menghalang stretch mark terjadi, seeloknya kawal berat badan semasa mengandung. Ini kerana stretch mark terjadi apabila kulit seakan akan ditarik disebabkan berat badan yang naik mendadak dan dengan mengawal berat badan anda, ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat stretch mark. Walaupun mengandung, sangat penting untuk ibu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapatkan nutrisi yang cukup untuk kandungan.

Sentiasa lembabkan kulit

Latih diri untuk sentiasa lembabkan kulit badan terutamanya di kawasan yang lebih cenderung untuk mempunyai stretch mark. Untuk mencegah terjadinya stretch mark, anda harus praktikkan dari awal lagi. Sapukan krim ke kawasan yang cenderung mendapat stretch mark pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Terdapat pelbagai produk di pasaran khas untuk menghilangkan stretch mark seperti losyen, krim, balm dan sebagainya. Pastikan ia tidak mempunyai sebarang bahan yang terlarang atau bahan yang akan menganggu perkembangan bayi. Kulit yang lembut dan sentiasa lembab lebih sukar untuk mempunyai stretch mark berbanding kulit yang kering Kalau korang lebih suka bahan semulajadi, boleh gunakan minyak seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara atau minyak argan.

  Sumber : Palmer’s

                               

Sumber : Bio Oil

                                 

Exfoliate 

Exfoliate badan seminggu sekali atau dua kali  dapat membuang sel kulit mati yang terdapat di atas kulit. Fokuskan di kawasan yang cenderung mendapat stretch mark seperti di perut, peha dan lengan. Kenapa kena exfoliate? Kulit kita akan membuang sel-sel kulit yang dah mati, kalau dah lama sangat tak exfoliate kulit, kemungkinan ia akan menghalang krim dan balm daripada menyerap dengan baik. Exfoliate badan dengan menggunakan tools yang lembut dan tidak kasar untuk kulit seperti  body brush atau loofah ketika mandi.

 

Urut

Bukan sahaja dengan memakai produk untuk menghilangkan stretch mark, untuk mempercepatkan proses itu, ambil sedikit masa untuk urut di kawasan tersebut. Dengan menggunakan teknik mengurut yang betul, ia dapat memecahkan tisu serta membantu peredaran darah yang lebih baik. Sekaligus membantu untuk  menghilangkan stretch mark di badan.

                                                   

Jika anda terlewat untuk mulakan langkah ini dari awal kehamilan, besar kemungkinan untuk menghilangkan kesan stretch mark di kulit lebih sukar. Akan tetapi, terdapat pilihan lain yang korang boleh pilih jika kesan stretch mark di badan tidak hilang dengan menggunakan cara di atas. Rawatan laser dapat menghilangkan kesan stretch mark dengan berkesan dan pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Komen