Carian
Panduan Menggunakan Produk Asid dan Pengelupasan dalam Penjagaan Wajah
April 12, 2019 Min Ahmad

Panduan Menggunakan Produk Asid dan Pengelupasan dalam Penjagaan Wajah

Penggunaan produk asid atau pengelupasan dalam penjagaan wajah ada banyak kebaikkannya. Ia membantu untuk exfoliation, mengekalkan kelembapan kulit, menentang tanda-tanda penuaan, pembaharuan dan pemulihan kulit, serta banyak lagi. Namun, penggunaan produk asid dan pengelupasan harus diikuti dengan langkah berjaga- jaga. 

Buat anda yang ingin berjinak-jinak dengan penggunaan asid dan pengelupasan, sila pastikan anda mengikuti langkah berikut:

1. Kukuhkan Dahulu Asas Penjagaan Kulit

Sebelum anda menggunakan produk berasakan asid atau pengelupasan, pastikan anda mempunyai asas penjagaan kulit yang rutin dan kukuh: cleanse, tone and moisturise, dan menggunakan krim perlindungan matahari di siang hari. Ini penting agar anda mempunyai lapisan perlindungan semulajadi kulit (skin barrier) yang baik. Sekiranya asas pun masih belum kukuh, bagaimana anda mahu pergi ke langkah berikutnya? 

2. Buat Ujian “Patch Test ” Sebelum Penggunaan

Langkah ini penting buat mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Ini adalah untuk memastikan kulit anda tidak mempunyai tindak balas negatif dengan bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Kawasan yang terbaik untuk menguji produk ialah berhampiran telinga. Uji produk mengikut arahan penggunaan produk dan tunggu dalam tempoh 24 jam untuk melihat sekiranya terdapat reaksi negatif. Sekiranya tiada, anda boleh pergi ke langkah berikutnya.

3. Gunakan Produk yang Bersesuaian

Gunakan produk yang bersesuaian dan berpadanan

Gunakan produk yang bersesuaian dengan kulit. Elakkan penggunaan asid sekiranya anda mempunyai masalah kulit yang serius seperti masalah jerawat yang teruk di serata wajah. 

Produk dengan kekuatan yang lebih tinggi tidak semestinya akan memberikan hasil yang lebih baik atau cepat, sebaliknya hanya akan merengsakan kulit. Pastikan anda tidak terus menggunakan produk yang mempunyai kekuatan yang tinggi dan menggunakan produk dengan kekuatan yang bersesuaian sebagai pengguna yang baru bermula dengan produk asid dan pengelupasan. 

4. Ikut Arahan Penggunaan Produk

Untuk newbie, produk asid seperti toner, krim atau serum untuk wajah digunakan pada kekerapan 2-3 kali seminggu untuk beberapa minggu sehingga kulit dapat membuat penyesuaian dengan produk tersebut; manakala produk at-home peeling disarankan sekali dalam tempoh 2 minggu, tak kisahlah anda pengguna baru atau lama. Penggunaan terlalu kerap atau melampaui saranan pengunaan akan hanya merengsakan kulit.

Ikuti arahan yang dilabel pada produk tersebut seperti cara pengunaan dan tempoh pemakaian yang dibenarkan. Ini penting untuk mengelakkan kulit daripada merengsa akibat kerosakkan lapisan perlindungan semulajadi kulit anda.

5. Gunakan Produk Pengelupasan Pada Waktu Malam

Penggunaan produk leave-on berasaskan asid seperti serum atau krim atau produk pengelupasan seperti acid peeling mask sebaiknya digunakan pada waktu malam. Ini adalah kerana kulit kita berada pada kedaan repair mode pada waktu malam dan penggunaan asid membantu dalam proses pembaharuan dan pemulihan kulit.

6. Gunakan Krim Pelembap dan Hidrasi Diri

Gunakan krim wajah untuk melembapkan kulit

Penggunaan produk asid dan pengelupasan mampu menjejaskan lapisan perlindungan semulajadi kulit buat sementara waktu. Pastikan anda melembapkan kulit dengan sebaik-baiknya dengan krim pelembap untuk menyokong fungsi lapisan perlindungan tersebut sementara kulit anda sedang pulih. Minum banyak air untuk memastikan kulit tidak berasa tegang.

7. Gunakan SPF di Siang Hari

Lindungi kulit daripada pancaran matahari

Selepas menggunakan produk pengelupasan, pendedahan kepada cahaya matahari kulit membuatkan kulit anda menjadi lebih sensitif. Anda disarankan untuk mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari secara terus dan memakai krim pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF30 pada siang harinya. Jika langkah ini tidak diikuti, anda hanya akan undo keberkesanan produk asid atau pengelupasan yang telah digunakan dan menyebabkan kesan sun damage yang lebih teruk.

8. Elakkan Penggunaan Skrub

Anda harus mengelakkan physical exfoliation seperti skrub wajah dalam tempoh 3-4 hari selepas penggunaan produk asid atau pengelupasan. Over-exfoliation akan menyebabkan kulit menjadi merengsa atau sensitif. Jadi berikan masa untuk kulit anda bertenang daripada rawatan exfoliation terlebih dahulu.

9. Elakkan Daripada ke Sauna atau Senaman Berat

Bersenamlah dengan sederhana

Aktiviti ini akan mengakibatkan peningkatan peredaran darah ke muka dan memburukkan lagi rasa gatal, panas, kemerahan atau kesan sementara lain daripada penggunaan produk. Elakkan aktiviti ini buat beberapa hari selepas menggunakan produk asid dan pengelupasan wajah. Namun sekiranya anda berpeluh tanpa dijangka akibat cuaca panas, mencuci wajah dengan air sejuk membantu untuk mengurangkan kesan-kesan tersebut.

10. Tidak Beresa Selesa? Berhenti! 

Antara kesan sampingan sementara penggunaan produk asid atau pengelupasan ialah rasa gatal, panas, tingling, dan kemerahan (yang akan hilang dalam tempoh beberapa jam selepas rawatan). 

Sekiranya anda telah mengikut langkah-langkah di atas namun masih tidak berasa selesa dengan produk asid dan pengelupasan, atau timbul kesan iritasi seperti rasa terbakar atau kulit menjadi kering melampau, maka kulit anda masih belum bersedia untuk terus menggunakan produk asid atau pengelupasan. Langkah yang paling penting: BERHENTI. Tidak semestinya anda sudah membeli produk tersebut anda harus menghabiskannya walaupun kulit anda sengsara.

Sumber:

  1. Renee Rouleau 
  2. Dermalogica 
Komen