Carian
Ini Masanya Untuk Anda Tinggalkan Feminine Wash
April 12, 2019 Aida Kamalia

Ini Masanya Untuk Anda Tinggalkan Feminine Wash

Kalau lihat di pasaraya atau pun drugstore seperti Watson dan Guardian, terdapat pelbagai produk khusus untuk wanita kan? Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semuanya ada produk tersendiri. Seperti losyen badan untuk wanita, mist spray untuk wanita, dan macam-macam lagi. Memang terbukti menjadi seorang wanita memang banyak untuk dijaga dengan baik. Tak lepas peluang juga yang anda selalu nampak di drugstore, feminine wash atau pun pencuci intim wanita. Kebanyakan produk mengatakan dapat bersihkan miss v supaya tidak berbau busuk, ketatkan miss v serta datang dengan  pelbagai bau seperti bau bunga, sirih, ros dan banyak lagi.

Tetapi, perlu ke memakai pencuci wanita ini? Selamat ke?

Vagina boleh cuci dengan sendiri 

Sebenarnya anggota ini mempunyai kelebihan tersendiri dimana ia boleh mencuci dengan sendiri. Vagina mempunyai pelbagai kelenjar yang diperlukan untuk bertindak sebagai pelincir serta untuk sebagai agen pembersih. Jadi anda tidak perlu untuk membeli produk khas untuk mencuci vagina kerana badan anda sudah berfungsi dengan baik.

Terdedah kepada jangkitan

Apabila anda terlebih cuci vagina dengan harapan ia akan berbau wangi seperti bunga, anda sebenarnya merosakkan vagina anda! Apabila terlebih mencuci miss v, anda mungkin akan dijangkiti jangkitan yis dimana vagina akan rasa sangat gatal, pedih ketika membuang air kecil dan kemerah-merahan.

Ia akan menghapus bakteria baik 

Anggota ini mempunyai bakteria baik dan bakteria jahat dimana bakteria baik ini akan mengimbangkan ph level vagina. Vagina pula mempunyai ph level sekitar 3.5-4.5, kalau anda memakai feminine wash dengan kerap, ia mungkin bukan sahaja menghilangkan bakteria jahat, malah bakteria baik pun turut hilang. Kemudian apabila vagina ada tiada perlindungan, sebab itu boleh dapat banyak penyakit.

Tidak perlu untuk berbau wangi 

Vagina ini tak perlu untuk bau seperti bunga atau buah-buahan. Ia akan tetap bau seperti vagina, dan ia normal. Jangan terlalu obses untuk mempunyai vagina yang berbau wangi sehingga akhirnya akan bawa padah ke diri sendiri. Takkan tak perlu cuci? Haruslah cuci, tapi cukup sekadar menggunakan air sahaja tanpa produk yang lain.

Jadi anda tak perlu nak beli pelbagai feminine wash untuk mencuci bahagian intim tu ya. Malah doktor juga menyarankan untuk tidak menggunakan apa-apa produk, melainkan jika anda mempunyai ubat atau krim yang diberikan oleh doktor sendiri. Jika vagina korang terasa gatal, pedih dan bau yang sangat busuk, jumpalah ke doktor untuk pemeriksaan.

 

Komen