5 Foundation Mengikut Jenis Kulit Bawah RM60
Sebut sahaja tentang foundation muka, pasti anda sudah mempunyai foundation kegemaran sendiri kan? Lihat sahaja foundation yang berada di pasaran sekarang, terlalu banyak jenis foundation sehingga anda pun tidak tahu nak pilih. Ada yang untuk kulit berminyak, kulit kering dan juga kulit normal.
Hari ini Tajria nak kongsikan antara foundation terbaik pilihan orang ramai mengikut jenis kulit pada harga kurang RM60. Sesuai untuk anda yang mempunyai bajet yang kecil untuk beli foundation. Yang pasti semua foundation di bawah anda boleh dapatkan di kedai fizikal supaya dapat memudahkan anda mencari warna foundation yang sesuai mengikut kulit muka.
Kulit kering
Bourjois Healthy Mix Serum ( RM 52-57 )
Untuk kulit kering sememangnya agak sukar untuk mencari foundation yang sesuai untuk muka. Ini kerana kulit yang kering memerlukan foundation yang menghidratkan kulit dan bukan jenis matte kerana ia akan membuatkan kulit rasa tegang, seterusnya garis-garis di muka nampak lebih jelas. Tekstur Bourjois Healthy Mix Serum Foundation yang cair serta mempunyai serum penuh vitamin didalam foundation mampu menghidratkan kulit muka tanpa membuat muka rasa tegang. Foundation ini juga dapat memberikan kesan muka dewy serta lebih glowing. Foundation ini anda boleh dapatkan di farmasi seperti Watson, Guardian juga AEON Wellness.
Kulit berminyak
Untuk kulit berminyak, anda harus mencari foundation yang matte, tahan lama serta mepunyai coverage yang tinggi. Ini kerana apabila muka berminyak, semakin lama anda pakai foundation, semakin banyak minyak di muka dan akan nampak lebih jelas. Disebabkan itu, anda harus mencari coverage yang tinggi supaya foundation tidak mudah hilang.
Catrice HD Foundation ( RM 30-39 )
Apa yang menarik tentang Catrice HD Liquid Coverage Foundation ni, ia memberikan kesan matte di muka namun masih nampak seperti kulit sendiri! Maksudnya di sini, foundation ni mampu menutup cela di muka korang tapi tetapi rasa muka seperti kulit sendiri. Catrice HD ini juga dapat bertahan di muka korang hingga 24 jam, lama sungguh!
Di samping itu, ia mempunyai dropper untuk mengeluarkan foundation di mana ia lebih bersih berbanding foundation yang mempunyai penutup. Untuk membeli Catrice HD Liquid FOundation ni pula, anda boleh dapatkan di Guardian seluruh Malaysia.
Maybelline Fit Me Matte Poreless Foundation ( RM 35-45 )
Fit Me Matte Poreless ini juga merupakan foundation yang ramai orang gemari terutamanya untuk orang kulit berminyak. Ia juga membuatkan pori-pori di muka lebih kecil selain memberikan base make up sangat flawless. Tidak seperti foundation full coverage yang lain, ia tidak akan menyumbatkan pori-pori. Jadi tiada masalah untuk anda yang takut naik jerawat di muka apabila memakai foundation. Jadi anda yang mencari foundation pertama, boleh cuba ni!
Wet N Wild Photofocus Foundation ( RM 38 )
Photofocus Foundation ini dicipta khas untuk membuatkan pemakai ‘camera ready’ pada setiap masa. Formulasi foundation yang ringan, senang untuk blend foundation di muka serta buildable membuatkan ramai orang tertarik dengan Wet n Wild Photofocus Foundation ini. Ada juga yang mengatakan kualiti foundation ini setaraf dengan foundation high-end!
Kulit normal
Untuk kulit normal pula, rata-ratanya mereka tiada masalah dalam pemilihan foundation. Ini kerana kulit mereka tidak mempunyai masalah yang ketara, sangat beruntung ya! Kalau nak hasil make up yang dewy, boleh pilih foundation yang hydrating begitu juga sebaliknya.
Rimmel London Match Perfection Foundation ( RM37 )
Rimmel London memang terkenal dengan produk mereka yang sangat mampu milik. Antara foundation dari Rimmel untuk kulit normal adalah Match Perfection Foundation. Kalau anda lihat di Watson atau Guardian, terdapat pelbagai pilihan warna foundation yang anda boleh pilih. Apa yang menarik tentang foundation ni, ia tidak begitu matte serta memberikan make up yang dewy dan basah, sangat sesuai untuk kulit normal. Selain itu juga ia mampu menghilangkan garis-garis halus serta kantung mata tanpa membuatkan kulit rasa tebal.
Tidak semestinya produk yang bagus di muka orang lain akan sama seperti kulit muka kita kerana setiap kulit manusia berlainan. Anda boleh juga memakai foundation yang matte tanpa rasa ketat di muka dengan memakai primer muka yang melembabkan kulit sebelum memakai foundation. Walaupun harga semua foundation di atas murah, jangan terkejut dengan hasil make up anda apabila memakainya! Paling penting, pastikan warna foundation yang anda pilih betul-betul sesuai dengan warna muka sendiri.