Suhu yang paling sesuai untuk air panas adalah di antara 48 hingga 60 darjah. Panas yang keterlaluan akan memberikan kesan yang buruk pada badan anda.

Bertindak sebagai detoks

Meminum segelas air panas sangat berkesan dalam bertindak sebagai detoks. Ia membantu detoksifikasi dan membersihkan toksin pada badan semasa anda berpeluh.

Membersih dan melembapkan kulit

Dengan air panas, ia berfungsi sebagai ejen penyahtoksik bahan-bahan buangan dalam badan dan bertindak dalam memperbaiki sel-sel kulit yang telah mati. Hasilnya, kulit akan menjadi lebih sihat dan berseri. Malah air panas juga boleh bertindak melambatkan proses penuaan dan membantu melawan jerawat dengan menghalang pori dari tersumbat.

Membantu pencernaan

Air panas membantu dalam memecahkan dan menghancurkan bahan makanan yang diambil. Ia turut membantu mempercepatkan penghadaman pada sistem percernaan dan membersihkan toksin dalam badan.

Membantu peredaran darah

Selain dari membersihkan dan melembapkan kulit, meminum air panas turut melancarkan peredaran darah dalam badan. Menurut kaji selidik, air panas dapat menghasilkan nutrien penting selain menghilangkan sisa-sisa asid yang terkumpul dalam badan. 92 peratus darah manusia adalah hasil daripada air yang

Menurunkan berat badan

Air panas tidak membuatkan anda kehilangan berat badan, tetapi membantu dalam proses penurunan berat badan. Tetapi mengambil segelas air panas dan dicampur lemon dapat melancarkan metabolisme anda, memberi tubuh keupayaan membakar kalori lebih banyak sepanjang hari.

Melegakan sembelit

Minum air panas membantu usus anda berfungsi dengan lebih lancar. Sisa lama yang terperap di dalam usus akan dapat dikeluarkan dari tubuh. Kekerapan minum air panas dapat membantu menjaga tahap kesihatan anda dengan lebih baik.

Mencegah dan merawat kelemumur

Kelemumur merupakan punca utama masalah keguguran rambut. Namun, dengan pengambilan air panas yang secukupnya, ia akan membantu dehidrasi dan mengelakkan kulit kepala dari kering.

______________________________________________________________

Dengan ini dapat disimpulkan, air suam atau air panas terkandung banyak khasiat untuk tubuh anda. Amalkan pengambilan air suam pada awal bagi mendapatkan kesihatan yang sempurna. Selamat mecuba!

Lihat profil
Lina Rosli

910 artikel di Tajria.