Siapa tak tertarik dengan pulau yang berwarna biru, air yang jernih serta mempunyai pasir berwarna putih! Hilang terus stress di tempat kerja, masalah dengan kawan, dan banyak lagi! Pasti akan berasa tenang dan kagum dengan ciptaan Tuhan. Untuk pencinta pulau dan pantai biru, hari ini Tajria ingin kongsikan antara destinasi luar negara menarik yang korang boleh pergi dengan bajet yang rendah! Kalau korang dapat tiket flight murah, boleh jimat lebih banyak. Jom kita tengok di bawah, boleh korang rancang untuk destinasi seterusnya!

PALAWAN, FILIPINA

Lokasi pertama, adalah Palawan yang terletak di Filipina. Kalau sebelum ini korang selalu tengok orang pergi Boracay dan Cebu, terjah pula Palawan yang sangat popular dengan pulau yang dikelilingi dengan lagun yang sangat memukau! Antara tempat popular di Palawan ialah Coron serta El Nido. Disebabkan mata wang Filipina lebih rendah, jadi ia dapat mengurangkan bajet yang diperlukan untuk ke sana. Terdapat aktiviti yang sangat menarik untuk dibuat, antaranya adalah berkayak, snorkeling, memasuki gua dan banyak lagi.

 Sumber : Pinterest

                                   

CARA KE PALAWAN

Untuk pergi ke Palawan, korang boleh menaiki Air Asia dan turun di Airport Puerto Princesa. Kemudian korang harus menaiki van untuk pergi ke Palawan. Perjalanan ke sini agak lama kerana perjalanan Puerto Princesa ke Palawan boleh mengambil masa 4 ke 5 jam.. Akan tetapi, korang boleh bermalam di Puerto Princesa untuk berehat sebelum ke Palawan!

AKTIVITI

Aktiviti paling popular haruslah island hopping atau snorkeling, dimana korang dapat melihat ikan, coral yang cantik serta air yang sangat jernih! Di El Nido, ada beberapa tour yang ditawarkan untuk snorkeling iaitu, Tour A, Tour B, Tour C dan juga Tour D. Manakala Tour yang popular adalah Tour A & Tour C. Lihatlah keindahan gambar di bawah, terbeliak mata korang!  

Sumber : Pinterest

                                                 

NHA TRANG

Di mana terletaknya Nha Trang ini? Ia terletak di Vietnam, di tengah-tengah kota. Bukan sahaja pantainya cantik serta mempunyai pasir putih, korang juga boleh buat macam-macam aktiviti di sini! Di Nha Trang,rata-ratanya  mereka menggunakan matawang USD, akan tetapi harga untuk setiap aktiviti serta tarikan masih lagi berpatutan. Disebabkan lokasi Nha Trang terletak di kota, korang boleh teroka keunikan kota itu sendiri. Antaranya adalah terdapat kuil yang sangat popular iaitu Po Nagar dimana ia mempunyai sejarah tersendiri. Untuk korang yang sukakan tempat bersejarah seperti ini, Po Nagar patut ada dalam wishlist korang ya!

 Sumber : Pinterest

                                                                     

 

Selepas korang meneroka kota Nha Trang, korang boleh tenangkan diri di pantai yang cantik di sini. Aktiviti seperti island hopping dan snorkeling juga ditawarkan, boleh la korang melihat sendiri kecantikan air yang jernih berwarna biru serta kehidupan laut didalamnya.

Sumber : Pinterest

                                                            

Korang juga boleh bersantai di tepi pantai setelah pulang melakukan aktiviti island hopping. Menariknya, korang akan lihat ramai penjual yang mengandar lobster serta udang bakar dengan harga yang sangat murah!

  Sumber : Pinterest

                                            

Lebih menarik lagi, terdapat satu aktiviti air yang akan menarik perhatian korang! Ianya adalah Vinpearl Nha Trang Park iaitu permainan terapung di atas air pastinya akan mengimbau kenangan lalu semasa kecil kan.

  Sumber : Pinterest

                                                                         

BALI

Siapa yang tidak kenal Bali yang sangat popular terutamanya di kalangan Asia! Romantik, tenang serta sinonim dengan private villa yang mempunyai kolam renang tersendiri! Malah Bali juga merupakan destinasi pilihan untuk honeymoon bagi yang baru berkahwin.

Bali terletak di Indonesia dan untuk korang ke sana, terdapat pelbagai syarikat penerbangan menawarkan penerbangan ke Bali seperti Air Asia dan juga Malindo Air.

Bali terkenal dengan gunung berapi, sawah padi, kuil serta pulau yang amat cantik. Pulau di Bali terbahagi kepada 3 bahagian iaitu di Nusa Lembongan, Nusa Penida serta Nusa Ceningan. Untuk ke sini, korang haruslah menaiki speedboat di Sanur.

Sumber : Pinterest

                                           

 Sumber : Pinterest

                                           

Lihat sahaja gambar di atas iaitu Nusa Ceningan dan Nusa Lembongan ini, pantainya yang biru hampir tidak masuk akal! Untuk korang yang gemarkan pulau, korang jangan lupa masukkan dalam wishlist. Malah di ketiga-tiga pulau ini terdapat chalet, guesthouse serta villa dengan harga yang berpatutan.

Di Bali juga terdapat satu kuil yang popular iatu Uluwatu Temple yang dianggap suci bagi orang yang beragama Hindu di Bali. Kuil ini dianggap sebagai salah satu kahyangan yang sedih dan didedikasikan untuk Sang Hyang Widhi Wasa dalam manifestasinya sebagai Rudra. Kalau korang ke sini, jangan terlepas peluang untuk melihat Kecak Dance!

 Sumber : Pinterest

                                                                   

  Sumber : Pinterest

                                                                     

Sawah padi di Bali bukan macam yang korang selalu tengok di Malaysia tau, ini kerana sawah padi mereka bertingkat! Tegallalang Rice Terrace yang terletak di Ubud menarik perhatian pelancong di seluruh dunia kerana keunikan sawah padi mereka. Selain itu, terdapat tempat bergambar yang sangat ‘insta worthy’! Seperti di buaian dan juga seakan sarang burung yang tergantung.

   Sumber : Pinterest

                                               

Sumber : Pinterest

                                             

Sumber : Pinterest

                                              

Adakah korang mula tertarik dengan salah satu destinasi di atas? Jangan risau dengan kos perbelanjaan di negara-negara di atas kerana sememangnya murah, terutamanya kalau korang boleh dapatkan tiket penerbangan yang rendah! Banyakkan membaca pengalaman  orang yang pernah ke sana, dan rancang itinerari sebaik mungkin. Jangan lupa untuk mendapatkan insurans perlancongan sebagai persediaan, di mana masih lagi ramai pelancong memandang remeh akan insurans perlancongan. Walhal ianya sangat penting.

Lihat profil
Aida Kamalia

140 artikel di Tajria.