Buat Pilihan Bijak Bersama #HomeDecisions Untuk Rumah Idaman Anda

Membuat pilihan untuk hiasan dalaman rumah ada sememangnya amat memeningkan. Banyak aspek yang perlu diambil berat seperti saiz ruang dan kegunaan ruang tersebut. Oleh itu, dengan #HomeDecision yang diterajui oleh HOMEDEC,  anda boleh membuat pilihan dengan menyaksikan pameran HOMEDEC di Kuala Lumpur Convention Centre bermula 28 April sehingga 1 Mei 2019 ini.

Dari pengubahsuaian reka bentuk dan kelengkapan untuk rumah anda, HOMEDEC hadir dalam menyediakan anda pelbagai pengetahuan menegenai hiasan dalam terkini. Melalui pameran ini, anda boleh belajar mengenai perkara yang perlu anda lakukan selain membawakan tawaran terbaik untuk perabot dan segala kelengkapan rumah dan hiasan dalaman.

Menariknya untuk pameran kali ini, HOMEDEC membawakan lebih daripada 100 jenama terkemuka untuk setiap produk dan servis untuk ciri ruang di rumah idaman anda. Ia termasuk pengaturan terbaik dari lampu dan barang hiasan, kemasan lantai dan dinding, hiasan bilik mandi dan banyak lagi. 

Selain itu, pelbagai tawaran menarik kepada yang anda yang hadir ke pameran tersebut. Antaranya, anda boleh dapatkan deals terbaik untuk beberapa produk terpilih, siaran langsung bersama Chef Martin Yan untuk petua memasak dan ergonomik dapur dan mengisi rumah dan bilik anda dengan gaya dan fungsi bersama ShortStay.

______________________________________________________________________

Bagi anda yang berminat, pameran HOMEDEC #HomeDecisions ini akan berlangsung selama empat hari di Kuala Lumpur, Malaysia. Homedec Kuala Lumpur membawakan idea dan pilihan untuk hiasan dalaman untuk rumah idaman anda selain memberikan motivasi kepada pemilik rumah dan bilik di Malaysia melalui tarikan yang luar biasa menerusi ruangan contoh yang telah siap dihiasi. Anda juga boleh datang bersama ahli keluarga dan rakan anda!